Assalamualaikum wbt,

Resepi Daging Goreng Thai! Siapa pernah cuba? Jika masakan yang ada nama Thai, jarang orang tak suka kerana masakan Thai biasanya sedap dan menyelerakan ditambah pula rasa pedas yang kuat.

Kali ini Wawa nak kongsikan resepi yang Wawa jumpa di instagram, mana tahu lepas ini boleh wawa cuba pula kan.



Resepi Daging Goreng Thai

Bahan-Bahan :

  • Daging 800 gram
  • Biji ketumbar 4 sudu ditumbuk atau dikisar
  • Bawang putih 3 ulas dihiris @ ditumbuk
  • Lada hitam biji ditumbuk @ dikisar
  • Sos tiram 2 sudu besar
  • Garam sekucup rasa
  • Butter untuk menumis
Gaul semua bahan-bahan dengan daging kecuali butter dan bawang putih - perap 30 minit atau 2 jam

Sos 

Serbuk cili thai 3 sudu
Gula kabung atau somtam 2 sudu, jika tiada pakai gula putih
2 sudu besar beras yang digoreng atau disangai dan dikisar halus
2 sudu air limau nipis
2 sudu air asam jawa
2 sudu sos ikan atau sos sotong
Daun ketumbar, bawang dan bawang merah kecil 3 ulas semua dipotong kecil.