Resepi Meatball Ala Ikea

Assalamualaikum wbt,

Siapa pernah cuba meatball IKEA? Pasti ramai yang termimpi-mimpi untuk mencubanya lagi kan? Meatball adalah antara menu yang menjadi kegemaran siapa sahaja yang berkunjung ke IKEA.

Jadi, hari ini Wawa kongsikan resepi meatball ala Ikea untuk kita buat di rumah sajikan pada ahli keluarga. 

Resepi Meatball Ala IKEA 



Bahan-Bahan Utama

250-300gm Daging Cincang 

Bawang putih – optional je tak letak pun takpe

Sebiji bawang besar Holland – dicincang sgt halus

Bread crumb – agak agak la ¾ cwn, untuk kekentalannya

1/3 cawan tepung gandum 

2 biji telur – di pukul sedikit

1 sudu kecil serbuk lada hitam

Sedikit lada sulah

¼ cawan susu segar

Secubit allspice – tak letak pun takpe

Sedikit minyak untuk mengguli

Garam secukup rasa

Cara-caranya:

Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu. sedia untuk bulatkan meatball itu comey comey.

Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.

Kalau taknak kukus nak goreng terus pun terpulang la.

Saya kukus terlebih dahulu kemudian bakar dalam oven beberapa minit.

Untuk Gravynya :

1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.

2 sudu butter

1 1/2 sudu tepung gandum

sebiji tomato besar- di potong dadu

1 1/2 cawan air sejuk, *

100ml susu segar/susu cair *

3 sudu sos tomato *

3 sudu sos tiram *

2 sudu kicap manis *

2 sudu lada hitam *

1 cube ayam/ daging* - saya guna kiub daging lembu

sesudu gula * - ikut rasa

Cara-caranya: 

1. Caikan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.

2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.

3. Masukkan semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.

4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomata itu tadi hancur


Kredit: Resepi Masakan Ringkas

1 Comments

  1. thank you sharing, Ikea mahal gila.. klu boleh buat sendiri sure puas

    ReplyDelete

Hai, Terima Kasih diatas comment anda. Semoga terus berjaya dan bahagia selalu.

Disclaimer

Blog Mommy Wawa adalah penulisan dari hati dan jika ada diambil dari mana-mana sumber akan dikreditkan ke sumber asal.