Hai assalamualaikum,
What's up gaisss! Biasa tak dengar tagline ini di instagram? Agak-agak siapakah empunya tagline ini? Ya, siapa tidak kenal dengan jejaka yang berasal dari Kelantan ini mampu membina satu follower yang besar melalui perkongsian resepi satu minit di instagram. MasyaAllah, hebat branding yang dilakukan oleh Khairul Aming dan resepinya juga mudah untuk semua golongan mencuba.
Sebenarnya, hari ini wawa nak kongsikan dua resepi dari Khairul Aming iaitu Pulut Kuning dan Rendang Ayam. Wawa paling suka makan pulut kuning tapi belum pernah cuba buat sendiri, bila tengok video yang dikongsikan oleh Khairul Aming, rupanya tidaklah susah untuk membuatnya.
Resepi ini boleh dimakan untuk seisi keluarga.
Resepi Pulut Kuning Dan Rendang Ayam Khairul Aming
1. Resepi Pulut Kuning
Bahan-Bahan:
- 4 cawan beras pulut - dibersihkan dan ditoskan
- 1 sudu serbuk kunyit
- 1 keping asam gelugur
- 1 kotak kecil santan
- 1/2 cawan air
- 1/2 sudu tea garam
- 1/2 sudu tea gula
- 2 sudu minyak masak
Rendamkan beras pulut yang telah dibersihkan bersama sebuk kunyit dan asam keping selama tiga jam supaya warna kunyit dapat diserap kedalam beras pulut. Kemudian bersihkan beras dengan air paip untuk hilangkan sisa kunyit, letakkan di dalam loyang beralaskan daun pandan dan kukus pertama selama dua puluh (20) minit.
Sambil menunggu pulut kita masak, ambil 1 kotak kecil santan campur dengan setengah cawan air dan masukkan dua sudu minyak, garam serta gula. Gaulkan sebati, kemudian gaul rata santan dan pulut yang telah di kukus. Bila dah sebati, kukuskan kembali pulut selama dua puluh (20) minit. Jadi, jumlah masa untuk masakkan pulut kuning ini selama 40 minit.
Bila pulut kuning sudah siap, perlu juga ada lauk untuk di makan bersama. Mari kita teruskan dengan masak rendang ayam pula.
2. Resepi Rendang Ayam
Bahan-bahan:
- 4 Bawang merah*
- 4 Batang serai*
- 1 ibu jari Halia*
- 1 ibu jari Lengkuas*
- 4 Bawang putih*
- 1 Kunyit hidup*
- Senggenggam kecil cili kering (direbus)*
- 1 kotak santan
- 2 asam keping
- Gula melaka, garam & serbuk perasa
- Air sedikit
- 2 sudu setengah kerisik
- 4 helai daun limau purut dicarik
- 2 helai daun kunyit dihiris halus
- 1 ekor ayam dipotong
Kisar semua bahan yang bertanda (*), panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah dikisar, tumis sehingga naik bau. Masukkan sedikit air dan biar sehingga pecah minyak. Masukkan pula ayam yang telah dipotong bersih, masukkan santan dan gaul sebati. Kemudian masukkan gula melaka, 1 sudu kecil garam dan serbuk perasa serta sedikit air. Biarkan mendidih dengan api perlahan. Selepas ayam empuk masukkan daun limau purut dan separuh daun kunyit.
Masukkan pula dua setengah sudu kerisik dan lebihan hirisan daun kunyit. Kacau sebati sehingga ayam lebih empuk dan pekat. Dah siap! Boleh dihidang.
Selamat mencuba.
1 Comments
yang nama pulut kuning ni, kadang x cicap apa2 pun dah sedap kan?
ReplyDeletePost a Comment
Hai, Terima Kasih diatas comment anda. Semoga terus berjaya dan bahagia selalu.