Assalamualaikum wbt,

Bila tiba hari raya, pelbagai juadah yang boleh kita hidang untuk tetamu. Sesekali ingin ubah selera dengan mencuba masakan berasaskan air iaitu Kuah Soto. Cara penyediaannya tidaklah susah, rasanya pula sedap, pasti menjadi juadah pilihan oleh tetamu di hari raya.

RESIPI SOTO


Resipi Kuah Soto (resipi ni utk 2 liter air/ 6 org makan)

Bahan A

  • lengkuas 1 inci
  • halia 1 inci
  • bawang merah besar 4 biji (lagi banyak lebih sedap)
  • bawang putih 1 ulas
  • buah keras 1 biji
  • *blend semua bahan di atas

Bahan B

  • Ayam potong besar sebab nak carikkan nanti
  • serai 2 batang (ketuk)
  • minyak untuk menumis
  • Serbuk sup adabi (kalau sepeket kecik tu guna separuh)
  • Serbuk kurma adabi (guna separuh juga)
  • kiub ayam 1
  • akar daun sup (potong dan cuci bersih)
  • air 2 liter/ sejug
  • *atau kalau tak nak guna serbuk sup/kurma guna saja rempah soto. Saya kadang guna rempah soto je boleh dapatkan jenama apa saja. Bahan lain jangan ubah ya. Tetap sama. Tu kuah boleh jadi pekat. Jangan bergantung dengan rempah semata-mata.

Cara masak:

Tumis bahan blend, serai dan akar daun sup sehingga naik bau/betul-betul masak atau sedikit garing. Supaya bawang smua tu tidak rasa mentah di kuah nanti. Bila masak elok kuah akan jadi wangi. Masukkan serbuk sup dan kurma / rempah soto.

Kemudian, masukkan ayam. Biarkan ayam dengan api perlahan dan agak-agak air ayam dah hampir kering baru masukkan air. Masukkan kiub ayam, perasakan gula garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nnti). Ok, dah Siap!

Resipi Begedil kentang 

  • ubi kentang 5/6 biji buang kulit kemudian potong kecil. Rebus. 
  • lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat-bulatkan then leperkan sedikit.
  • Telur 1 biji 
  • lada sulah
  • garam secukup rasa
  • *pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. godek laju supaya bila goreng nanti jadi mcm bersarang. 
  • *cara goreng begedil supaya tak hancur, panaskan minyak agak-agak tenggelam separuh begedil je. Jangan penuh ok. Panaskan dengan api yang kecil sehingga betul-betul panas. Celup begedil dalam bancuhan telur kemudian goreng. Jangan balik-balikkan selagi yang sebelah kena minyak tu belum garing/kekuningan. Dah garing baru terbalikkan ye. Kalau balikkan awal-awal begedil mudah pecah 

Kredit: fara lome

Semua resepi yang saya jumpa dan menarik untuk saya mencuba, saya akan parkingkan di blog ini sebagai rujukan. Mudah untuk dicari apabila nak masak pada bila-bila masa.