Assalamualaikum wbt,
Pernah tak anda makan sotong sumbat telur? Wawa pernah jumpa di Kota Bharu semasa bulan puasa. Harganya boleh cecah rm35 ke atas untuk seekor sotong. Mahal kan? 

Teringin nak mencuba sotong sumbat telur, boleh cuba resepi ini.

RESEPI SOTONG SUMBAT TELUR

•••••••••••••••••••••••••••••••••••


Bahan-Bahan:

Sotong 3 ekor
3 biji telur
1 biji bawang merah potong dadu
Daun kucai
Cili besar ptong dadu 
garam

Cara - cara :

1) Goreng macam biasa pastu kacau-kacau buat telur hancur.
2) Sumbat telur dalam sotong. Sumbat padat-padat lagi sedap.
3) Pastu masukkan kepala sotong cucuk dengan lidi..
Untuk sambal sotong, saya buat tumis biasa je 😂😂

SAMBAL 

=======

Bahan-Bahan: 

5 biji bwg merah
3 ulas bwg putih 
2sb cili kering blend
2sb kicap
*blend bwg

Cara - cara :

1) Tumis semua bahan-bahan yang diblend sehingga kering.
2) masukkan air, masukkan perasa kicap, garam gula tu. Masukkan sotong.
3) Balik-balikkan posisi sotong tu. Anggaran masak 10-15 minit.
4) dah masak angkat letak dalam pinggan baru gunting sotong tu.

Kredit : Nurul Shafira

2 Comments

  1. terliurnya tgk sotong besar ni .. sedappp

    ReplyDelete
  2. hmmm tiba2 rasa mau makan sotong..

    bole cuba resepi ni nanti

    ReplyDelete

Hai, Terima Kasih diatas comment anda. Semoga terus berjaya dan bahagia selalu.

Disclaimer

Blog Mommy Wawa adalah penulisan dari hati dan jika ada diambil dari mana-mana sumber akan dikreditkan ke sumber asal.