10 Tips Jiwa Tenang

Assalamualaikum wbt,

Jiwa yang tenang mampu menjadikan hidup seseorang lebih bermakna. Dipenuhi dengan rasa cinta, bahagia, gembira bukan hanya pada diri sendiri malah turut dirasai oleh orang lain.

Inginkah anda mendapat ketenangan hati yang ini? Dibawah ini wawa kongsikan 10 tips kunci jiwa menjadi tenang. Tips ini disediakan oleh Faz Zahrin. 

Di musim pandemik covid-19 ini, pastinya ramai yang mengalami tekanan, anxiety dan sebagainya. Jadi, jom kita amalkan 10B ini sebagai penenang jiwa.

'10B' KUNCI JIWA TENANG (Tips Mendapat Jiwa Yang Tenang)

Kunci ketenangan jiwa


1. BERTENANG

Cuba bawa bertenang sekiranya kita berasa stres. Jika kita sedang berdiri cuba untuk duduk, jika kita sedang duduk cuba untuk baring.

2. BERNAFAS SECARA FITRAH

Pernafasan melalui abdomen adalah cara yang terbaik, kita bernafas dengan lebih  perlahan, panjang dan lebih dalam dan mengucapkan Alhamdulillah. 

3. BERKATA PADA DIRI KATA-KATA POSITIF

Berkata pada diri 'relakslah'. It's ok it's normal...

Letak tangan pada dada, cakap " Alhamdulillah syukur, aku baik, aku okey, aku tenang, aku bahagia..."

Berulang kali cakap pada diri.

4. BERIBADAT

Berzikir, beristighfar, berselawat...ambil wudu' solat sunat minta Allah tenangkan jiwa yang tengah kacau. Baca Qur’an, paling best kalau Qur’an 'tagging' tu, kita boleh belek kata-kata Allah yang kena pada kita ketika itu. Percayalah ketika tu rasa seperti Allah sedangkan bercakap dengan kita.

5. BERCAKAP DENGAN SESEORANG

Perasaan kita perlu diluahkan dan tak patut dipendamkan. Dan carilah seseorang yang kita percayai. Carilah ahli keluarga atau kawan-kawan yang kita percaya. Bila kita luahkan sangat-sangat membantu melegakan stres kita.

6. BERURUT

Bila kita dalam keadaan stres, otot-otot dibahu kita akan tenang. Jadi jika ada pasangan, bantu mereka dengan urut di bahagian leher, bahu dan juga di bahagian kaki. Sangat-sangat membantu lancarkan perjalanan darah dalam badan dan kurangkan stres kita.

7. BEREHAT DAN MENDENGAR MUZIK

Berehat sambil dengar muzik yang lembut, tenangkan hati dengan muzik dan lagu yang kita suka atau pasang alunan zikir terapi di telinga kita.

8. BERIADAH DAN BERSENAM 

Beriadah ni sangat-sangat memberi kesan yang positif pada diri. Faz suka berenang dari zaman belajar lagi sampai sekarang ni. Kalau tak dapat berenang, boleh berjalan waktu petang ambil udara segar. Terperap dalam rumah sahaja memang sedikit sebanyak memberi tekanan pada diri. Cuba untuk keluar ambil angin walaupun sekejap.

9. BERFIKIRAN POSITIF

Ubah cara berfikir. Elakkan fikiran negatif. Cara faz dengan mulakan hari dengan dengar perkara positif, ilmu-ilmu yang positif contohnya seperti setiap pagi cuba dengar  '7 am Club Prof Muhaya', kemudian pasang selawat tafrijiah atau zikir tenangkan jiwa. Masyaallah feeling dia best sebab 'positive vibe' pada diri tu buat kita mudah untuk lawan  'negative vibe' yang datang. InshaAllah 

10.BERSYUKUR

Sentiasa ucapkan syukur pada Allah. Syukur dengan apa yang ada pada kita bukan  melihat apa yang ada pada orang lain. Sentiasa bersyukur walaupun sekecil-kecil perkara. Bila kita bersyukur, hati kita tenang bahagia.

Pandanglah dengan mata hati bukan dengan mata nafsu. Memaafkan orang dan cintai Allah, sayangi diri dan slowly we will love others unconditionally.

Moga bermanfaat ♥️


#fazshare

#stressfree

#positivevibes

#stressmanagement

#bahagia

0 Comments

Hai, Terima Kasih diatas comment anda. Semoga terus berjaya dan bahagia selalu.

Disclaimer

Blog Mommy Wawa adalah penulisan dari hati dan jika ada diambil dari mana-mana sumber akan dikreditkan ke sumber asal.