26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk Tahun 2021

 Assalamualaikum wbt,

25 Mommy Blogger Malaysia Paling Best untuk Tahun 2021. Bila sebut tentang Mom blogger, apa yang terlintas difikiran? Bagi Wawa, pastinya tentang kehidupan sebagai seorang ibu, lifestyle, tips keibubapaan, resepi dan sebagainya.

Wawa juga merupakan seorang mom blogger dimana banyak berkongsi tentang resepi, kisah anak, tentang kehidupan dan sebagainya. Blog ini baru berusia 7 bulan. Sebelum ini, wawa aktif berkongsi tentang kesihatan dan supplemen di vitaminwawa.com. Blog mommywawa ini pula banyak berkongsi tentang kehidupan seorang yang bergelar sebagai ibu. Selamat berkenalan buat semua sahabat.

Untuk pengetahuan anda, mommy blogger bukan sahaja penulis blog, dalam masa yang sama menjadi seorang ibu, surirumah, berkerja dan isteri serta menceritakan pelbagai info, kisah mengenai kehidupan masing-masing. Sebab itu wawa suka baca blog 

Ok, jom kita teruskan siapakah 26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk Tahun 2021 yang perlu anda follow.

26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk Tahun 2021


25 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk Tahun 2021


1. Blogger Sis Awadah

Blogger mom yang pertama adalah Blogger Siti Awadah atau lebih dikenali sebagai sishawa.com. Sis Awa merupakan ibu yang mempunyai 6 orang anak, Surirumah sepenuh masa, jana income dengan Adsense melebihi 4 angka setiap bulan. Sis Awa juga merupakan founder kepada persatuan BITERS.


2. Blogger Ardini Humaira

Ibu kepada dua orang cahaya mata, pernah keguguran sebanyak lima kali, Berhenti kerja untuk keluarga ketika mengandung anak kedua (selepas 5x keguguran), minat menulis sejak zaman sekolah. buat blog sekadar suka suka macam diari awal 2008, serius berkecimpung dalam bidang blogger sejak 2010. Blogger Ardini Humaira telah berpengalaman dalam dunia blogging selama 13 tahun.

3. Blogger Nabiha Mohd Mashut

Berpengalaman selama 14 tahun dunia blogging, blogger Nabiha banyak berkongsi kehidupan tentang beliau, anak-anak, tips homeschooling di blognya. Blog ini bermula dengan perkongsian sebagai BRIDE-TO-BE, hingga MAMA-TO-BE kepada 3 orang cahaya mata yang masih suka dengan aktiviti DIY bersama keluarga dan anak-anak untuk menjimatkan kos. Sekaligus memberikan inspirasi kepada ibu bapa diluar sana yang sedang mencari idea untuk aktiviti DIY (hari jadi, akikah,dll) untuk anak-anak mereka.

4. Blogger Mrs Pip

Blogger Mrs Pip pula sudah enam tahun dalam dunia blogging. Ibu kepada 3 anak, surirumah sepenuh masa, suka layan KDrama, berhenti kerja untuk jaga anak sejak tahun 2013. Mrs Pip juga banyak mengadakan review tentang produk.

5. Blogger Lea Razali


Berkecimpung dalam dunia blogging sudah tujuh tahun. Ibu kepada 2 orang anak,suri rumah dan mula ingin jana pendapatan melalui blog. Blog perkongsi resipi, travelog, info-info kesihatan dan panduan blog. Blogger Lea teah travel ke beberapa buah negara yang sangat menarik untuk kita baca pengalaman beliau di sana.

6. Blogger Azlinda

Mummy kepada 3 orang anak. Bekerjaya sebagai financial consultant AIA, business online dan menulis blog sebagai hobi. Seorang yang pentingkan keluarga, gemar habis kan masa lapang dengan aktiviti bersama keluarga. Banyak kisah yang dikongsikan oleh blogger Mommy Alin ini dimana terdapat renovation, parenting, travel, kids story dan bermacam-macam lagi.

7. Blogger Fuzy Rahamah Hamid


Blogger Fuzy Rahamah Hamid 15 tahun berkecimpung dalam dunia penulisan blog, sangat mengagumkan. Sudah pasti pengalamannya cukup luas dalam blogging. Umi kepada 6 anak, surirumah sepenuh masa, mulanya menulis di blog sebagai diari berkongsi pelbagai cerita, kisah kehamilan, tugas sebagai agen pelancongan, resepi masakan dan mengambil upah sebagai penulis upahan, penulis konten dan pegawai media sosial (PMS)

8. Blogger Mamy Syu

Mamy Syu merupakan Mommy Blogger Malaysia. Ibu kepada 3 orang anak. Naufal, Nufael dan Hawraa. Syu berkongsi pengalaman menjaga anak sendirian kerana PJJ dengan suami. Tak lokek berkongsi tip penyusuan susu badan,review,resepi serta lifestyle suami isteri jarak jauh. (PJJ selama 9 tahun).

9. Blogger Alia Farhan Said

Blogger Alia ibu kepada 2 orang princess, suka memasak, travelling. Mula berblog sekadar suka-suka untuk meluahkan perasaan dan stress masa belajar. Kini, blogger Alia banyak berkongsi pelbagai tips parenting, review makanan, resepi dan banyak lagi.

10. Blogger Chaza Xiaojie


Blogger Chaza merupakan mak kepada tiga orang anak. Mommy blogger sepenuh masa. Suka sangat menulis sejak kecil. Azam sejak muda untuk dapat bekerja dari rumah sambil mendidik sendiri anak membaca dan mengaji.

11. Blogger Nurul Aleya (apakatamommy)

Blogger mommy kepada seorang anak. Sebenarnya sudah lama jadi blogger, 10 Tahun yang lepas dengan blog www.secantikmanis.com. Selepas tamat pengajian, mula bekerja blog pun semakin tertinggal. Tetapi minat menulis sentiasa ada, cuma tiada masa. Bila mula berpindah ke Jb, terus join jdt blogger dan buat blog baru. start baru dengan niche lebih kepada mommy blogger dan resepi.

12. Blogger Nora (Izarra)

Mak kepada 3 orang cahaya mata. Bekerja di sektor kerajaan (sekolah), asal ada blog suka-suka update kisah peribadi, madah, dan macam dairy, dan sekarang banyak entri pelbagai perkongsian. Dulu aktif join event tapi bila dah berpindah blog pun kurang update. sebab masih sayang pada blog maka masih ada www.ummizarra.com.

13. Blogger Ciktom


Siapa yang tidak kenal dengan Ciktom yang banyak berkongsi tentang tips blogging. Ibu kepada sepasang cahaya mata. fulltime mommy blogger. awal berblog byk share tips, tutorial blogging & cara buat duit online. sekarang lebih banyak create awareness pasal parenting, homeschooling & emas sebagai hobi 😂

14. Blogger Yaya Azura

Blogger Yaya Azura merupakan mom lifestyle blogger. Jadi, ibu kepada 2 orang anak lelaki ini banyak berkongsi tentang kehidupan, tutorial, parenting, resepi dan sebagainya. Mula membuat blog sebagai diari menceritakan hal anak-anak dan kemudian mula menjadikan blog sebagai medium untuk menambah pendapatan.

15. Blogger Rozita


Blogger Rozita, ibu kepada 5 orang anak, 4 lelaki 1 perempuan, kerja sebagai pegawai veterinar di sektor kerajaan, suka membaca dan menulis sejak dari zaman sekolah, menulis blog bermula sebagai hobi, menulis semua cerita pengalaman hidup, kisah suka memasak dan mencuba resepi baru, pengalaman membesarkan anak-anak terutamanya melibatkan penyusuan susu ibu dan penyakit yang dihadapi anak-anak, suka juga berkongsi kisah travel dengan perkongsian tempat yang diinap semasa bercuti, tempat makan best dan tempat menarik untuk dikunjungi.

16. Blogger Bonde Zaidalifah


Blogger Bonde Zaidalifah merupakan Bonde kepada seorang puteri, Menulis Blog adalah separuh masa mengenai lifestyle travel, resepi, review novel, review drama, review produk kecantikan dan produk kesihatan dan juga fesyen. Bonde juga berkongsi tentang info keagamaan.

17. Blogger Meksah


Ibu kepada seorang anak lelaki berumur 3 tahun. Kerjaya di Sektor Swasta bidang Essential Services. Mula membina Blog Jun 2020 untuk berkongsi informasi dan pengalaman. Blogger Meksah juga turut berkongsi tentang content English.

18. Blogger Fadzi Razak


Fadzi merupakan mak kepada 2 orang anak lelaki, Aneeq dan Anas. Mommy blogger Malaysia yang kini menetap di Sydney, Australia tapi dalam hatinya Malaysia tetap tanah tumpah darahku. Selalu menulis berkaitan dengan family lifestyle. Suka berkongsi tentang tempat makan menarik, tempat menarik, resepi, info dan tips untuk suri rumah. Selain menulis di blog, Fadzi juga suka berkongsi tentang pengalaman dan perkara menarik di Australia di fb.com/fadzirazak. Seorang yang pendiam tapi bila menulis, tak boleh berhenti. Bekerja sebagai freelance writer sambil jaga anak-anak di rumah,

19. Blogger Maesarah


Mama anak 3. Asal menulis blog sekadar suka suka dan update tentang penyusuan anak, then jadi blog bisnes kejap. Pastu sharing tentang aktiviti seharian dan sekolah

20. Blogger Atul Hamid


Merupakan Ibu kepada sepasang cahaya mata. Perkongsian blog mengandungi topik berkaitan business, kecantikan, kesihatan, lifestyle, dan personal.

21. Blogger Zaza Azman


Blogger Zaza Azman kembali berblog setelah 12 tahun berhenti. Mengguna samaran sebagai Mama monsta, mama untuk sepasang anak-anak monsta comel. Full Time housewife, part time blogger. Blog berbahasa Inggeris. Blog lifestyle yang mengisarkan perkembangan anak-anak.

22. Blogger Marina Bashah


Blogger Marina Bashah merupakan ibu bekerjaya. Ibu kepada 3 anak dara dan selalu kongsi mengenai persekolahan anak, tentang program sekolah anak, aktiviti pembelajaran di rumah dan kelas online yang dihadiri oleh anak-anak. Blog ini khusus untuk lifestyle mom blogger.

23. Blogger Aida Hanafiah


Ibu kepada 3 orang anak yang sempurna. Bekerja sepenuh masa. Menulis blog secara separuh masa untuk berkongsi kisah hidup berkeluarga, aktiviti keluarga, bercuti ke sana ke sini, dekorasi dan susun atur rumah serta isu semasa. Suka menulis blog kerana ia satu cara meluahkan rasa dan idea dari kacamata seorang wanita, ibu dan isteri.

24. Blogger Siti Rohaida

Ibu kepada 2 orang anak perempuan, berkongsi cerita tentang kekeluargaan,kecantikkan dan apa jua yang rasa ingin dikongsi.Menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan yang paling disukai.

25. Blogger Norhana Rosmida


Ibu kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.

26. Blogger Sharina(opzzpinky)

Blogger Sharina atau lebih dikenali sebagai blogger Opzzpinky merupakan ibu kepada sepasang anak, edan eshal, dahulu blog tempat meluah, sekarang jadi tempat mengaut rezeki hihi, alhamdulilah, lifesytle blogger, berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips.

Seramai 26 mom blogger yang boleh kita kenali dan berkawan serta dapatkan pelbagai tips yang dikongsikan. Semoga bermanfaat.

3 Comments

  1. Hebat list mommy Blogger kali ini. yeay..

    ReplyDelete
  2. i am not a mommy .. so not listed hehehe

    ReplyDelete
  3. hi Wawa...akhirnya dapat komen kat sini..thanks for sharing

    ReplyDelete

Hai, Terima Kasih diatas comment anda. Semoga terus berjaya dan bahagia selalu.