Assalamualaikum wbt,

Resepi yang dikongsikan oleh Cik Markonah, cara-cara membuat puding telur dengan mudah dan rasa yang sedap tanpa bau hanyir telur. Kebanyakkan resepi yang kita lihat, bau hanyor telur membantutkan rasa untuk di makan. Resepi puding caramel ini bukan sahaja sedap di makan, malah rasanya kurang manis menjadi kesukaan pada setiap lapisan umur.

Resepi Puding Caramel Telur Mudah Dan Sedap Tidak Hanyir

Tekstur yang lembut


Puding caramel telur

Dapat 14 bekas kecil 4oz

Bahan-Bahan Utama Gula karamel

  • 90gm @ 1/2 cawan gula putih, cairkan sampai perang gold. *jangan tinggal, jangan sampai dia mendidih nanti pahit. Kacau sentiasa.*
  • Gula dah cair sepenuhnya dan warna dah cantik, Masuk air 120ml cairkan semula. Hati-hati panas.
  • Letak Garam secubit.
Hati-hati ketika melakukan proses ini, kerana ia panas

Sejukkan, kemudian tuang satu sudu besar ke dalam bekas dadih. Dapat 14 bekas yang bersaiz kecil.

Bahan Untuk Puding
  • 6 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 160ml susu pekat (1/2 cawan)
  • 240ml air masak (1 cawan)
  • Sunquick 1 sudu kecil
  • Esen vanilla 1 penutup
Campurkan semua bahan ini dalam besen, whisk sampai tiada ketulan. Kemudian, tapis letak dalam jug dan boleh tuang dalam acuan. kalau nak sama rata, timbang dalam 75-80 gram setiap bekas.

Kukus selama 20 minit dengan api sederhana.
*Letak penutup bekas atas bekas, letak sahaja jangan tutup rapat untuk jadikan puding halus dan tidak mengerutu. Simpan di dalam peti sejuk untuk makan dengan lebih enak.







Resepi ini boleh diambil untuk tujuan jualan, Cik Markonah mohon doakan semoga jualannya semakin laris dan berkembang.

Selamat mencuba.