Assalamualaikum wbt,

1 Resepi Hasilkan 2 Biskut Raya Semprit Dahlia Dan Sarang Semut | Bagi menjimatkan masa dan ingin hasilkan biskut raya pelbagai jenis anda boleh mencuba resepi ini. Semalam mommy berpeluang rancang buat biskut raya biskut sarang semut paling mudah. Ketika sedang memarut, tangan mommy terluka pada jari anak dan ibu. Jadi, terus mommy putuskan untuk buat biskut raya semperit.

Jika anda ingin memudahkan kerja dan menjimatkan masa untuk membuat pelbagai jenis kuih raya, mommy cadangkan anda mencuba resepi ini. Ia bukan sahaja cantik dan menarik, malah sangat gebu apabila dimakan. Biskut sarang semut dan semperit dahlia ini sangat gebu sehinggakan masuk sahaja ke mulut, terus mencair. Gebu dan sedap!

1 Resepi Hasilkan 2 Biskut Raya Semprit Dahlia Dan Sarang Semut


Bahan-Bahan:
  • 250 gram butter
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sk esen vanila
  • 3/4 cawan tepung jagung
  • 1 1/4 cawan tepung kastard
  • 2 cawan tepung gandum
  • Pewarna kuning telur
Cara-Cara:
  1. Kacau butter dan gula kastor sehingga warna putih, masukkan kuning telur. Kacau sebati dan masukkan pula esen vanila. Masukkan juga pewarna. 
  2. Masukkan tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum. Gaul sehingga sebati dan adunan tidak lekat pada tangan. 
  3. Parut bagi biskut sarang semut dan masukkan 1 sudu penuh ke dalam cup biskut.
  4. Bagi biskut semprit dahlia pula, masukkan doh ke dalam acuan dan tekan sehingga terbentuk bunga dahlia.
  5. Bakar pada suhu 160 darjah selama 20 minit. 
Jika anda ingin mencuba resepi biskut raya lain dan resepi Tart Nenas Gulung, boleh klik ke link dibawah: