Assalamualaikum wbt,

Resepi Pelbagai Jeruk Sedap Dan Menggiurkan | Bila jarang jumpa jeruk, sekali tengok dekat kedai tabung jeruk setoi, jeruk buah kelubi, jeruk mempelam dan lain-lain sedapnya bila dapat makan. Hari ini mommy nak kongsikan pula beberapa resepi jeruk yang sedap di makan pada bila-bila masa.

RESEPI PELBAGAI JENIS JERUK SEDAP DAN MENGGIURKAN


1. Resepi Jeruk Setoi


RESEPI JERUK SETOI

BAHAN2
BUAH SETOI(IKUT SUKA NK BUAT BEPA BIJIK)
GULA
GARAM
KICAP
CILI PADI
SEDIKIT BELACAN (KALAU SUKA LA)

CARA2
1. Kupas kulit buah setoi dulu na
2. Masak air gula(sejukkan dulu)
3. Potong cili padi
4. Masukkan buah setoi yang dah dikupas tadi ke dalam air gula yg dah dimasak
5. Masukkan cili padi
6. Masukkan kicap serta secubit garam dan secubit belacan jika mahu
7. Siappp
8. Simpan dalam peti ais..esok makan...nikmat tak terkata😊😊😊

Resepi Asal : Erra Saerah

2. Jeruk Mangga Muda



resepi asal: hanybee @myresepi

Bahan-bahannya:-

8-10 biji mangga muda
1 sudu makan kapur makan
3 sudu besar garam kasar
1-2 cawan gula pasir
2 sudu makan cuka masakan (tambahan)
air secukupnya.

Cara-caranya:-

Kupas kulit mangga (jika buah mangga besar) tetapi jika pelam pauh...hanya bersihkan kulitnya dan kemudian belah dua....buang biji dan selaputnya.
Rendam pelam/mangga tadi dalam bekas yang berisi bancuhan kapur masakan selama 15 minit. Rendaman air kapur amat penting untuk jeruk pelam ranggup. Jangan abaikan step yang ini.
Buang air kapur dan basuh sekali lagi pelam/mangga tersebut....toskan.
Masukkan mangga dalam bekas bertutup. Tuangkan bancuhan air + garam kedalamnya. Tuang bancuhan garam tadi sehingga seinci melepasi buah mangga. Tutup rapat bekas dan peram selama 2 hari.
Selepas rendam 2 hari....buang air garam tadi dan kemudian masukkan air suam kedalam bekas tersebut sehingga separas mangga dan biarkan selama 4 jam
Dalam masa yang sama anda boleh masak gula + air sehingga mendidih dan kemudian biarkan ia sejuk.
Apabila air gula sudah sejuk....masukkan 2 sudu makan cuka masakan.
Toskan mangga dan masukkan kedalam bekas kedap udara.
Tuang air gula + cuka kedalam bekas mangga tadi.
Peram selama 1 hari kat luar dan kemudian masukkan kedalam peti ais dan biarkan selama 2 hari lagi sebelum boleh dimakan.

Nota:-

Pastikan anda tidak terlebih letak garam.....guna 3 sudu besar sahaja garam kasar. Jika anda terlebih letak garam maka sukatan gula kena lebih untuk seimbangkan rasa jeruk ini.
Tutup bekas yang direndam dengan air garam...kalau boleh alas kertas surat khabar dan baru tutup tudung bekas kemudian ikat dengan getah...sebab tudung bekas berpotensi untuk terbukak disebabkan tindakbalas garam.
Jeruk nie tiada bahan pengawet...so ia hanya tahan 2 minggu sahaja dalam peti ais. Buang air gula dahulu baru simpan supaya isi mangga tidak lembik

3. Jeruk Mangga Asam Boi


4 biji mangga muda
20 hingga 25 biji asam boi
10 hingga 15 tangkai cili padi ~ di hiris halus ( boleh kurangkan jika tak suka terlalu pedas)
2 cawan gula
1 biji limau nipis di hiris ~ ita tambah jika guna limau kasturi lagi sedap!

Kupas dahulu mangga muda. Buang kulitnya, buang biji dan sabut tengahnya. Kemudian hiris nipis.
Ita ikut cara ibu mertua, rendam dahulu mangga dengan air kapur. Menurut kata ibu mertua ita ianya bertujuan meranggupkan buah mangga kita supaya dia tidak lembik bila telah menjadi jeruk.

Rendam dalam 20 hingga 30 minit kemudian cuci bersih dan toskan.

Masukkan gula pasir atau gula halus kemudian kacau rata.
Masukkan pula cili padi yang kita dah hiris halus tadi dan kacau rata
Akhir sekali masukkan asam boi.
Ita tambahkan limau nipis. Limau ni tak payah perah masukkan aje.. kalau guna limau kasturi lagi sedap!
Tak payah tambah air ya.. sebab nanti dari buah mengga dan gula itu sendiri yang akan menghasilkan air jeruk.
Kemudian kita masukkan dalam bekas.
Simpan dalam peti ais selama 4 jam sebelum boleh di nikmati.

4. Jeruk Petai


Bismillah.
Petai ni kalau tak dijerukkan tahan 2-3 hari je lepas tu layu so bila nak makan dh tak sedap. sbb tak ranggup.

Jerukkan petai agar petai tahan lebih lama & ranggup.

Resepi jeruk petai.

1. Rebus petai bersama kulitnya & bila kulit petai bertukar warna jadi kekuningan angkat & toskan.

2. Picit kulit petai utk mengeluarkan biji petai.

3. Basuh dgn air masak yg dah sejuk.

4. Setelah dibasuh masukkan petai didalam botol & isikan air yg bercampur dgn garam.(jgn letak banyak sgt garam nnti masin lak).

5. Last sekali masukkan cili padi ikut suka.

Tadaaaaaaaaa...sedia utk dimakan.

Sy simpan jeruk petai ni dlm peti ais.

Cubalah.

5. JERUK MAMAN

Pd sapa yg nk resepi jeruk maman.. Ni sy editkn respi ye.. 

Bahan:
Maman
Sdikit nasi
Garam
Cili padi
Air
Botol/bekas

Cara sy:
Maman d ptg pendek2.. Buang btg yg kras.. Xperlu ambk.. 
Setelah siap d ptg,bersih kn.. 
Dlm botol isi nsi sdkit..Pastu letak maman d ats nsi..garam+cili api..trus tuang air dlm botol hgga hapus maman td..ats maman klau nk letak nsi lg ckit pn xpe.. Sy letak.. 
Ambk snduk kacau2 bg rata..n bleh la d tutup botol n d peram slama smggu..

Sekian rsepi maman Cara sy..Selamat mencuba.. 😊
Sedappp.. Sp yg suka n pnah mkn je tau rs dia.. Kn.. Kn.. 😁

Kredit Resepi : norashikin ab rashak

6. RESEPI JERUK BELIMBING BULUH



Bersihkan belimbing. Potong ujung dan pangkalnya.

Buboh dlm balang. Isi air dan garam. Tutup balang dan biarkan 2 malam.

Lps 2 mlam. Buang air garam. Rendam belimbing dgn air biasa 3 jam.

Masak air gula. Biar sejuk.

Lepas 3 jam, toskan belimbing. Masuk semula dlm balang. Masukkan air gula, garam sikit, cuka sikit, hiris lada halus masuk sekali. Tutup balang. Biarkan kejap. Pastu masuk dlm peti ais. Lepas sejam dua, bolehlah makan.

Kredit: PA Shaharudin Sulaiman/ Viral Media Johor

7. RESEPI JERUK HALIA MUDA


Bahan A.
2cawan cuka buatan(boleh guna cuka nipah.perut saya tak tahan dgn cuka buatan)
2-2setengah cawan gula pasir(terpulang selera)
4sudu besar garam(saya guna garam halagel warna hijau)

bahan b.
+-halia muda setengah kilo.
kikis buang kulit,potong bulat2(jgn terlalu niipiis).
basuh dan toskan.

cara
isikan halia yg dah tos tadi dalam balang kaca.
masak bahan A sampai larut gula dan garam.
cukup sekali didih dan tutup api.
terus curah cuka panas tu dalam halia tadi.pastikan guna balang kaca tahan panas ya.
tutup bekas bila cuka dah sejuk.
boleh makan lepas 3hari keatas.lagi lama lagi sedap.
mkn dgn nasi panas atau ratah shj jika suka..😄😄
Cc:yuziana yusup

8. Jeruk Buah Mempelam Bersama Belacan


CARA MEMBUAT GARAM BELACAN

Bahan-bahan
1 cawan gula pasir
2 ketul belacan sebesar ibu jari.
1/2 sudu teh garam
5 biji cili api (boleh dikurang lebihkan)
5 sudu kicap lemak manis
5 sudu kacang goreng (ditumbuk kasar)untuk lebih kick, tak de tak jadi hal..
Cara-cara

Masukkan semua bahan kecuali kicap dan kacang goreng dalam blender kering. Blend sampai hancur.
Dah hancur, tuang dalam bekas.Masukkan kicap dan kacang. Gaul.
Dah siap untuk dicicah dengan buah-buahan kegemaran.
Maksu suka cicah dengan asam jawa muda..sampai menjilat jari.

9. Jeruk betik


2 biji betik mengkal (anggaran berat keseluruhan 1½ kg ) ~ pastikan masih keras isinya
1 cawan gula pasir (boleh kurangkan kalau taknak manis sangat)
1 cawan cuka (boleh lebihkan ikut selera sendiri)
1 cawan air MASAK
2 sudu kecil garam
12 biji asam boi warna merah
4 ~ 5 biji cili padi ~ belah 2

Cara Menyediakan
1. Kupas betik, buang bijinya & dicuci bersih.
2. Potong betik saiz kesukaan anda. Anggaran 1 inci lebar setiap keping dan dihiris berlapis2 tetapi jangan putus!! (Hiris ala2 mcm jeruk betik terjual kat kedai tu ler)
3. Cuci lagi dan toskan betik tadi.
4. Masukkan isi betik dalam bekas yg sesuai utk menjeruk.
5. Campurkan gula, garam, cili padi, asam boi dan gaul rata.
6. Tuangkan cuka & air masak agak2 separas/setinggi setengah isi betik dlm bekas tadi. Tak perlu tenggelam betiknya kerana betik akan mengeluarkan airnya sendiri selepas sehari dijeruk.
7. Kacau2 sedikit dan tutup bekas dan bolehlah disimpan selama 2 malam sebelum boleh dimakan.
8. Untuk jeruk lebih bertahan lama.. selepas dibiarkan 2 malam (diluar) bolehlah disimpan jeruk tersebut ke dlm peti sejuk.

10. Jeruk Cermai


Bahan-bahan:

500 gm buah cermai segar
1 sudu teh garam (k.An guna yang tak berapa halus)
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air

***2 sudu besar gula pasir untuk ditabur atas jeruk.

Cara membuatnya:

1. Cuci bersih buah cermai dan toskan. Masukkan ke dalam bekas boleh ditutup dan taburkan garam. Tutup bekas dan goncang agar garam rata. Boleh juga digaul dengan senduk atau sudu.

2. Perap selama 12 jam.

3.Selepas 12 jam, cuci buah cermai dengan air bersih dan toskan. Masak gula pasir dengan air hingga gula hancur dan mendidih. Tutup api dan sejukkan.

4. Masukkan buah cermai ke dalam balang dan tuangkan air gula yang telah sejuk tadi ke atasnya. Taburkan 2 sudu besar gula pasir ke atas jeruk. Tutup bekas dan biar di tempat bersuhu sderhana selama 1 hari.

5. Selepas satu hari, gaul lagi jeruk dan jika sudah sebati dan manis rasanya, bolehlah dimakan.

Apabila buah cermai, telah menjadi jeruk, bolehlah disimpan di dalam peti ais agar rasanya lebih enak kerana disejukkan.

*** teknik sama boleh digunakan untuk membuat jeruk mangga muda dan jeruk betik muda

11. Jeruk kedondong homemade. 



(buah kedondong anak sedara bagi)

Rendam air kapur + garam semalaman. 
Basuh dan toskan. 
Masak air gula. Sejukkn. 
Masukkan kedondong. 
Ikut suka nk ltak asam boi atau yg lain2. 
Akak buat pun agak2 je. 
Tak pernah buat pun sblum ni. 
Harap2 menjadi lh. 
In shaa Allah. Aamiin.

Kredit Resepi : norhayati kasim

Kredit dari fb : Aqilah II