Assalamualaikum wbt,

Resepi Biskut Raya Semprit Susu Dahlia Sukatan Cawan Confirm Jadi | Bila tiba hari raya, biskut raya paling digemari dan dicari adalah semprit susu dahlia. Bentuknya yang cantik dan rasanya yang sedap gebu, cair apabila masuk dalam mulut. Fuhh, kuih kegilaan mommy sepanjang masa.

Antara biskut raya pilihan mommy bila beraya ke rumah kawan-kawan dan rumah terbuka. Biskut pertama yang mommy ambil adalah biskut semprit susu dahlia. Adakah anda juga bersetuju dengan mommy? Jadi, hari ini mommy kongsikan kepada anda resepi biskut raya biskut semprit susu dahlia menggunakan sukatan cawan step by step kepada anda.

Resepi ini adalah daripada bakers terkenal kita iaitu Azlina Ina. Resepi Biskut Raya Biskut Semprit Susu Dahlia sukatan cawan lebih mudah untuk kita buat jika tiada penimbang. 

Resepi Biskut Raya Semprit Susu Dahlia Sedap Sukatan Cawan


Bahan-Bahan Biskut Semperit Dahlia Sukatan Cawan Resepi Azlina Ina:

Sumber resepi : FB Azlina Ina
250 gram butter @ 1 ¼ cawan butter
½ cawan susu pekat @ gula ising
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning
2 biji kuning telur
2 cawan tepung kastard  (untuk bagi creamy pada Semperit)
1 ½ cawan tepung jagung ( untuk bagi rasa cair dalam mulut)
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras (untuk bagi rangup dan tak mudah pecah bila sejuk)

Cara Membuat Biskut Semperit Susu Sedap Azlina Ina

  1. Campurkan butter, susu pekat, esen vanila dan pewarna kuning.
  2.  Kacau hingga sebati menggunakan whisk atau senduk
  3. Kemudian masukkan kuning telur dan kacau lagi.
  4. Masukkan tepung beras, tepung kastard dan tepung jagung.
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
  6. Jika masih melekat pada tangan, tambahkan tepung gandum secukupnya.
  7. Bila dah siap uli, boleh buat semperit. Masukkan sikit adunan kat hujung munchung semperit. Tekan sikit bagi rata keluar angin dulu.Then boleh buat adunan pecah 11 lenggok atau pecah 15 lenggok.
  8. Hias kan dengan ceri. Siap untuk dibakar.
  9. Panaskan oven 170 darjah selama 5 minit. Selepas 5 minit bakar semperit yang dah siap tadi 160 darjah selama 25 minit atau sehingga bila kita tolak dia mudah tertanggal.
  10. Satu adunan di atas untuk 35 biji semperti. Ikut korang pecah 11 atau pecah 15. Apa tu pecah? Itu ikut alunan daun dia.Pecah berapa.

Petua Supaya Bunga Biskut Semperit Tak Rebah

  1. Rehatkan dulu biskut yang sudah diterap dalam setengah jam sebelum masuk ke dalam oven atau
  2. Masukkan doh ke dalam peti ais dalam setengah jam sebelum di terap menggunakan acuan semperit.
  3. Hanya masukkan kuning telur sahaja dan jangan campurkan putih telur.
  4. Kalau mix atau putar doh jangan sampai overbeat.InsyaAllah berhasil dapat biskut semperit Dahlia yang cantik.

Jika anda ingin mencuba resepi Tart Nenas Gulung, boleh klik ke link dibawah: