Assalamualaikum wbt,

MasyaAllah, tabarokallah. Tahniah diucapkan buat Neelofa dan Ustaz Haris kerana telah menimang cahaya mata kedua pada jam 10.45 malam tanggal 11 Julai 2023. Neelofa berkongsi berita gembira itu melalui story di instagram miliknya.


 Neelofa dan Haris menitipkan kata-kata,

Alhamdulillahi rabbil alamin, tanggal 11 Julai 2023 jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami. Putera kedua tercinta menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat.

Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa.

Neelofa turut memohon mendoakan anak kedua mereka itu membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panuang. Amin! Dan semoga mereka berdua mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membersarkannya. InsyaAllah

Tahniah Neelofa dan Ustaz Haris.