Assalamualaikum wbt,

Pagi ini terbaca perkongsian daripada PU Syed tentang seorang artis yang bergelar Dato melakonkan watak wanita bertudung. Allahuakbar, apa sudah jadi dengan negara kita yang dikatakan negara islam. Apakah pelakon hari ini tidak alert dengan isu-isu agama yang dimain dan dilakonkan.

Semakin hari kita melihat berita mutakhir ini, bermacam-macam dari tentang kehidupan, ekonomi sehingga tentang agama. Apakah yang sedang berlaku ini Allah sedang menguji kita? Saya jarang untuk komen tentang artis atau selebriti sekiranya mereka melakukan kesilapan dari sudut agama. Kerana saya sedar, saya bukanlah orang yang alim tentang ilmu agama. 

Namun, sekiranya perkara itu jelas dan ditegur atau dinasihati oleh orang alim sendiri, dan kita melihat jelas perbuatan itu salah. Maka, seharusnya kita sebagai orang biasa juga patut menegur atau memberi tahu lebih luas lagi supaya mereka sedar apa yang dilakukan itu tidak betul.

Siapa yang tidak kenal dengan Fizz Fairuz, pelakon terkenal tanah air. Ditambah pula dengan perkongsiannya di instagram dan tiktok tentang kebahagiaan bersama isteri tercinta, dikatakan Fizz merupakan lelaki yang bagus pandai menjaga isteri, menyayangi anak-anak dan sebagainya. Beliau turut berkongsi kisah kelucuan mereka, ia menjadi kegembiraan buat orang lain yang melihatnya.


Aksi lucu dan kelakar yang ditunjukkan itu membuatkan nama Fizz Fairuz semakin dikenali, atas sebab itu mungkin drama ini dikeluarkan untuk menghiburkan para penonton. Berkaitan dengan drama yang dilakonkan oleh Dato Fizz Fairuz ini jelas, menunjukkan bahawa ia berpakaian seperti wanita. Walaupun sekadar lakonan, ia jelas tetap haram. 

Menurut hadis yang dikongsikan di laman web Pejabat MuftiWP menjelaskan secara terperinci tentang isi ini.

Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata :

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ

Maksudnya : Rasulullah S.A.W melaknat golongan lelaki yang menyerupai orang perempuan dan juga golongan perempuan yang menyerupai orang lelaki.

Riwayat Al-Bukhari (5885)

Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani dalam syarahan beliau ke atas hadis ini menukilkan  pendapat Imam Al-Thabari yang menyebut : ‘’Tidak boleh bagi orang lelaki untuk menyerupai orang perempuan pada pakaian, serta perhiasan yang khusus bagi orang perempuan dan demikian juga sebaliknya (tidak boleh bagi orang perempuan menyerupai orang lelaki).

Kesimpulannya,pakaian yang khas bagi orang lelaki, maka haram bagi orang perempuan untuk memakainya.Pakaian yang khas bagi orang perempuan, maka haram bagi orang lelaki untuk memakainya.Buat para artis yang menjadi orang yang mempunyai ramai pengikut, jadilah contoh terbaik dan menjadi teladan dalam membentuk masyarakat yang berilmu tentang agama. Sekiranya tidak tahu, rujuklah ahli tentang sesuatu perkara yang ingin dilakukan.
Semoga Allah menjaga kita dan anak cucu dari fitnah dajjal.