Assalamualaikum wbt,

Hidup ini tidak lari dari sentiasa melakukan dosa, tiada yang sempurna melainkan Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, kita digalakkan untuk sentiasa memohon taubat kepada Allah SWT.

Sekecil-kecil taubat adalah melazimi istighfar dan melakukan taubat nasuha. Bagaimana cara untuk melakukan taubat nasuha? Iaitu dengan melakukan solat sunat taubat nasuha.

Sebaik-baik orang mukmin adalah sentiasa melakukan taubat kepada Allah swt.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu. - Surah Ghafir ayat 60


Apa yang dimaksudkan dengan Solat Taubat?

Solat sunat taubat adalah solat yang disunatkan dilakukan apabila seseorang melakukan dosa atau merasakan diri telah berbuat dosa dan ingin bertaubat kepada Allah.

Selain dari istighfar dan menyesali segala kesalahannya, taubat nasuha juga boleh disempurnakan dengan melakukan Solat Sunat Taubat sebanyak dua rakaat.

Syarat-syarat taubat adalah:

  • Benar-benar menyesal terhadap perbuatan atau dosa yang lalu
  • Meninggalkan perbuatan yang membawa dosa tersebut
  • Bercita-cita tidak akan melakukan perbuatan dosa itu lagi
  • Berazam dan bertekad di dalam hati untuk tinggalkan dosa itu selama-lamanya

Bilakah Waktu Sesuai Mengerjakan Solat Taubat?

Solat sunat taubat boleh dilakukan pada bila-bila masa. Tiada waktu khusus untuk mengerjakan solat sunat taubat ini. Ia boleh dilakukan sebanyak dua rakaat, empat rakaat atau pun enam rakaat pada bila-bila masa.

Tiada sekatan untuk lakukan solat sunat taubat ini, cuma ia lebih afdal dilakukan pada waktu tengah malam dikala sunyi tanpa gangguan supaya solat sunat taubat dapat dilakukan dengan penuh kusyuk dan tenang untuk memohon keampunan Allah SWT.

Niat Solat Sunat Taubat


Niat solat sunat taubat adalah seperti berikut.




Cara Solat Sunat Taubat

Rakaat Pertama

1. Solat dimulakan dengan Takbiratul ihram 

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat taubat di dalam hati:

أُ صَلِّى سُنَّةَالتَّوْبَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالَىٰ

Usolli Sunnata Taubati Rak’ataini Lillahi Ta’ala

Atau boleh juga berniat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala

2. Kemudian, baca doa Iftitah

Hukum membaca Iftitah adalah sunat hai’ah.

Solat Sunat Taubat ini tetap sah jika doa ini tidak dilakukan. Namun, jika dibaca akan mendapat pahala.


3. Baca Surah Al-fatihah

4. Baca Surah Al-kafirun


5. Selesai membaca surah pada rakaat pertama, teruskan dengan rukuk

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ (3x)


Maksudnya : Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan sifat kepujian-Nya.

6. Kemudian bangun dan iktidal

Bangun dari rukuk dan berdiri tegak (iktidal), kemudian bacalah:


سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ


Maksudnya: Allah mendengar orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji.

7. Selepas iktidal, teruskan dengan melakukan sujud

Semasa sujud, bacakan bacaan dalam sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَىٰ وَبِحَمْدِهِ (3x)

Maksudnya: Maha Suci  Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan sifat kepujian-Nya.

8. Kemudian duduk di antara dua sujud

رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَاعْفُ عَنِّيْ

Maksudnya: Tuhanku, ampunilah bagiku dan rahmatilah aku dan cukupkanlah aku dan angkatlah (darjat)ku dan berilah aku rezeki dan berikan petunjuk (kepada) ku dan sihatkan aku dan ampunilah akan aku.

9. Sujud kedua

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَىٰ وَبِحَمْدِهِ (3x)

Maksudnya: Maha Suci  Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan sifat kepujian-Nya.

Rakaat Kedua

10. Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat

Lafaz takbir intiqalat adalah angkat takbir permulaan rakaat kedua.

11. Baca Surah Al-Fatihah



12. Membaca Surah Al-Ikhlas


13. Selesai membaca surah pada rakaat kedua, teruskan dengan rukuk

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ (3x)


Maksudnya : Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan sifat kepujian-Nya.

14. Kemudian bangun dan iktidal

Bangun dari rukuk dan berdiri tegak (iktidal), kemudian bacalah:


سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ


Maksudnya: Allah mendengar orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji.

15. Selepas iktidal, teruskan dengan melakukan sujud

Semasa sujud, bacakan bacaan dalam sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَىٰ وَبِحَمْدِهِ (3x)

Maksudnya: Maha Suci  Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan sifat kepujian-Nya.

16. Kemudian duduk di antara dua sujud

رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَاعْفُ عَنِّيْ

Maksudnya: Tuhanku, ampunilah bagiku dan rahmatilah aku dan cukupkanlah aku dan angkatlah (darjat)ku dan berilah aku rezeki dan berikan petunjuk (kepada) ku dan sihatkan aku dan ampunilah akan aku.

17. Sujud kedua

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَىٰ وَبِحَمْدِهِ (3x)

Maksudnya: Maha Suci  Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan sifat kepujian-Nya.

18. Tahiyyat Akhir

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ السَّلآمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلآمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِيْنَ أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ اللّٰه وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللّٰه

19. Disudahi dengan salam

Maka selesailah solat tersebut. Diteruskan pula dengan zikir-zikir mohon keampunan dari Allah swt. Disertakan dengan doa-doa memohon keampunan kepada Allah. Doa boleh dibaca dalam Bahasa Melayu. 

Doa Taubat Nasuha

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ تُوبُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ تَوْبَةًۭ نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّـَٔاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّـٰتٍۢ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ يَوْمَ لَا يُخْزِى ٱللَّهُ ٱلنَّبِىَّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مَعَهُۥ ۖ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَـٰنِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَٱغْفِرْ لَنَآ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌۭ ٨

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". - Surah At-Tahrim ayat 8

 

Semoga bermanfaat.