Assalamualaikum wbt,

Hari jumaat lepas, bila bangun pagi tiba-tiba rasa nak makan roti puri. Terus wawa buka instagram Khairulaming, macam mudah sahaja nak buatnya. Pergi dapur, tengok bahan-bahan semua ada, alhamdulillah. Kecuali sarding, wawa ganti dengan kari ayam.

Dibawah ini wawa kongsikan hasil roti puri yang wawa buat bersama dengan kuah kari ayam. MasyaAllah, sedap sangat roti puri ini dan kembang semangkuk bila digoreng. Resepi roti puri paling mudah untuk beginner, wawa pertama kali cuba pun menjadi. Alhamdulillah

Resepi Roti Puri Dan Sardin Tumis Khairulaming, kuah kari
Hasil Roti Puri - Air Tangan Mommywawa

Roti Puri Cicah Sardin Tumis. Senang sangat nak buat roti puri kat rumah, boleh cicah macam-macam.

Resepi Roti Puri Khairulaming

Bahan-bahan roti puri:

  • 2.5 cawan tepung gandum
  • 2 tablespoon minyak masak
  • 1/2 teaspoon garam
  • 3/4 cawan air
  • 1 teaspoon yeast (mauripan)
  • 1 sudu tepung gandum

Cara Buat Roti Puri

Campurkan semua bahan diatas kecuali 1 sudu tepung gandum dan uli adunan sehingga menjadi 'doh', kemudian masukkan 1 sudu tepung. Bulatkan doh sebiji bola golf dan leperkan doh dengan sekata (tidak nipis sangat dan tidak tebal sangat). Kemudian goreng dengan minyak yang sangat panas, dalam masa yang sama lalukan minyak diatas doh leper sehingga kembang. Goreng sekejap sahaja, kemudain boleh angkat.

Bahan-bahan sardin tumis:

  • 1 biji bawang merah (hiris nipis)
  • 3 ulas bwg putih (hiris nipis)
  • 1 tin sardin
  • Garam, gula, serbuk perasa
  • Kicap manis
  • Cili padi
  • Limau nipis

Cara Masak

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih sehingga layu, masukkan sardin, pecahkan kasar isi ikan sardin, masukkan perasa, garam dan gula, masukkan kicap manis dan cili padi. Akhir sekali jangan lupa, masukkan sedikit limau nipis. Dah siap.

Selamat menjamu selera.