Assalamualaikum wbt,

Selamat berpuasa dan menikmati sepuluh hari terakhir ramadhan, jangan kita lepaskan peluang untuk merebut beribu pahala di bulan yang mulia ini. Ditambah pula dengan usaha memburu malam lailatul qadar, dimana kita tidak tahu jatuh hari yang keberapa kan. Semua itu rahsia Allah swt untuk memberi peluang kepada kita berusaha kuat dalam beribadah.

Wawa nak kongsikan amalan-amalan yang dapat membuka peluang memasuki pintu syurga, moga menjadi asbab kita semakin rajin mengumpul pahala ramadhan. 

wakaf al-quran


Amalan Yang Membuka Peluang Memasuki Pintu Syurga!

  1. Menyebarkan ilmu bermanfaat
  2. Mendidik anak menjadi anak yang soleh & solehah
  3. Mewariskan kitab yang baik/keagamaan
  4. Membina rumah untuk musafir
  5. Mengalirkan air bersih untuk orang ramai
  6. Sedekahkan harta
  7. Membina, mewakaf dan menderma untuk pembinaan masjid
Selain itu, mewakafkan al-quran juga merupakan amalan yang sangat baik diamalkan pada bulan ini. Sempena kita nak menuju sepuluh terakhir ramadhan, wawa nak buka slot beli dan sedeqah ataupun wakaf Al-quran. 

Nak bagi sebiji Alquran mungkin belum mampu, marilah kita berwakaf secara beramai-ramai dimana kita buka secara lot. Cuma RM10 / slot , dapat kita sama-sama menambah pahala dibulan ramadhan ini. 

Jom sama-sama berkongsi rezeki dengan membeli Al-Quran Tagging eNuur. 
Hanya RM10 saja per slot atau senaskah Al-Quran Tagging bagi melancarkan Projek Beli & Sedekah  dan eNuur akan menguruskan proses selebihnya untuk diberikan al-Quran kepada penerima.

مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ وَلَهُ أَجْرٌ كَرِيمٌ

“Barang Siapa Meminjamkan Kepada Allah Pinjaman Yang Baik, Maka Allah Akan Mengembalikannya Berlipat Ganda, Dan Baginya Pahala Yang Mulia.” (Surah Al-Hadiid: 11)

Nak wakaf al-quran, whatsapp wawa. Klik link dibawah.




#enuur #keberkatanberpanjangan #alquranenuur #enuurtaggingmethod #enuurpreneur #projekbelisedekahenuur