CARA BERSIHKAN PERUT LEMBU DAN CARA BUAT AIR ASAM

Assalamualaikum wbt,

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2020 mommy ucapkan kepada semua sahabat yang meraikannya. Pernah tak anda makan air asam perut lembu? Kerabu perut lembu? Jika pernah, tahu tak cara macam mana nak bersihkan perut lembu?

Ramai yang makan perut lembu dan ia sangat sedap bagi yang gemarkannya. Mommy antara salah seorang yang memang gemar makan air asam perut lembu. Biasanya, mommy makan sahaja tetapi tidak bersihkan. Namun, pada tahun ini mommy terpaksa lakukan sendiri kerana mak yang biasa buat sebelum ini berada di Kelantan.

Jadi, jom kita belajar cara bersihkan perut lembut sehingga bersih sebersihnya. 

CARA BERSIHKAN PERUT LEMBU DENGAN MUDAH


Langkah 1

Sediakan bahan-bahan untuk mencuci perut lembu:
  • Kapur makan 1 bekas
  • Cuka 1 botol
  • Berus sabut
  • Air paip
  • Bekas
Bersihkan sisa tahi yang terdapat pada semua perut-perut, buat segala benda asing yang melekat pada kulit perut dengan air paip.

Untuk pengetahuan anda semua, perut lembu ada beberapa jenis, antaranya adalah perut kitab, perut muda dan perut karpet. Berbeza cara pembersihan perut muda iaitu anda hanya perlu picitkan air ke dalam perut muda supaya sisa dalam perut keluar. Kemudian cuci pula dengan air cuka.

Langkah 2

Cuci perut muda terlebih dahulu, picit segala isi yang terdapat dalam perut muda. Kemudian, lalukan dengan air paip dengan kuat. Untuk lebih mudah, potong perut muda tadi dengan saiz yang lebih kecil atau pendek. 

Perut muda adalah perut yang jenis panjang dan silinder. Selesaikan cuci bahagian dalam, bersihakn pula dengan air campuran cuka. Untuk mengurangkan bau lembu dan lebih sedap di makan.

Langkah 3

Bersihkan perut kitab dan perut karpet dengan lebih mudah iaitu dengan cara anda perlu lumurkan kapur makan pada bahagian kulit perut. Lumurkan ke semua bahagian dan biarkan seketika.

Selepas itu, anda ambil berus sabut dan gosokkan permukaan perut tadi. Dengan mudah ia akan tertanggal perut berwarna hijau lumut dan menjadi putih bersih. Lakukan sehingga hilang warna gelap dan tinggal warna putih sahaja. 

Lakukan bersama pembantu supaya anda tidak kelenguhan. Haha

Selepas bersih dari warna hijau lumut, bersihkan pula dengan air cuka. Supaya apabila kita makan, tidak terlampau bau lembu yang kuat. Kemudian, rebus perut lembu sehingga empuk.

Jangan buang air rebusan perut lembu tadi, ia boleh dibuat air asam perut lembu pula. 

CARA BUAT AIR ASAM PERUT LEMBU

Bahan-Bahan:
  • Limau nipis
  • Cili 
  • Belacan
  • Garam
  • Sedikit air rehusan perut lembu
Cara-Cara:

Ambil 1 senduk air rebusan perut, perah 5 ke 10 biji limau nipis, masukkan sedikit garam, belacan dan cili. Kacau sehingga kesemua sebati dan masukkan hirisan perut dan kacau lagi. Kemudian, boleh di makan dengan menyelerakan. 


13 Comments