Advertisement

Main Ad

Step By Step Resipi Lontong Sedap

Assalamualaikum wbt,

Step By Step Resipi Lontong Sedap | Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua sahabat blog Mommywawa dot com. Walaupun raya kali ini tidak seperti raya-raya pada tahun lepas, ini tidak bermakna kita perlu bersedih hati. Raikan hari raya dengan keluarga dengan lebih gembira.

Pada kali ini mommy nak berkongsi dengan anda aemua step by step macam mana cara nak buat lontong yang sedap. Anda boleh mencubanya dirumah.

RESIPI LONTONG SEDAP



Resepi kali iji dikongsikan oleh Cik Fieyza. Cik Fieyza kongsi resipi andai ada yang belum pernah cuba buat. Resipi ni hasil gabungan daripada beberapa resipi.

Bahan-Bahan: 

Nasi Himpit - rebus



Bahan kisar :
Bawang besar
Bawang putih
Serai
Lengkuas
Halia
Buah keras
Kunyit hidup
Udang kering
Ikan bilis


Lobak merah/kacang panjang/tauhu(goreng terlebih dahulu)/udang/pucuk(rendam sekejap)/tahun(suun)-basuh sahaja.

Santan sekotak besar/kiub ikan bilis/asam keping/bahan perasa/telur rebus

Sambal tumis ikan bilis/kuah kacang

Caranya :

Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masuk air utk kuah. Masukkan lobak merah, kacang panjang dan asam keping. Masak hingga mendidih, masukkan kiub ikan bilis, udang dan tauhu goreng yang dipotong dadu.

Tuang santan dan sayur pucuk serta bahan perasa. Bila mendidih, masukkan tahun (suun) dan tutup api. Boleh tabur hirisan cili besar.

••Sediakan mangkuk, masukkan beberapa ketul nasi himpit, tuang kuah kemudian letak sambal tumis dan telur rebus. Dah boleh ngap setelah bismillah ☺️

#KitaMasakKitaMakan 😎

Resepi Asal : Novelis Afieyza Isahak‎

Mudahnya masak lontong, jika anda teringin nak makan anda boleh mencubanya dengan resepi ini.

Jika anda ingin mencuba resepi lain, boleh klik resepi dibawah:

Untuk mencuba resepi yang lain, anda boleh lihat dibawah ini :

Post a Comment

0 Comments