Assalamualaikum wbt,

Resepi Rempah Ikan Bakar Terengganu Paling Sedap Dan Mudah | Bila sebut ikan bakar, apakah perkara pertama yang terlintas difikiran anda? Difikiran mommy tidak lain dan tidak bukan adalah Terengganu megeri tercinta. Walaupun dinegeri lain juga ada, Terengganu sememangnya sinonim dengan masakan ikan Bakar kerana ia adalah negeri yang berada di perairan pantai. Jadi, makanan berunsurkan ikan bakar, sotong bakar, udang bakar, kerang bakar dan sebagainya mudah didapati disini. 

Jadi, ramai yang mencari-cari resepi rempah ikan bakar Terengganu, ia bukan sahaja sedap malah mudah juga untuk disediakan. Puan Julaiha Omar berkongsi cara macam mana nak buat rempah bakar ikan Terengganu sedap dan mudah. Untuk pengetahuan semua, rempah ikan bakar ini juga boleh digunakan untuk sotong, udang dan macam-macam bahan mentah lain. Anda boleh variasikan sendiri mengikut kehendak masing-masing.

STEP BY STEP : RESEPI REMPAH IKAN BAKAR TERENGGANU PALING SEDAP DAN SENANG



Resepi Rempah Ikan Bakar


Bahan-Bahan:
1kg lada besar
2 cawan cili kering yang dikisar/ rm2 cili boh (kurangkan jika tak mahu pedas)
2cm belacan
1/4 gula melaka bersaiz besar / nissan
Asam jawa
Gula
Garam secukup rasa

                                                 

Bahan Dikisar :
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
10 batang serai
*Hiris bahan ini sebelum dikisar

Bahan Yang Dikisar 


1. Bawang merah, bawang putih, serai dan halia yang dikisar
2. Cili kering yang siap dikisar
3. Cili besar yang siap dikisar

Cara Masak Perencah Ikan Bakar Terengganu Paling Sedap Step By Step 



1. Panaskan minyak. Setelah minyak panas, tumis dahulu belacan sehingga hancur dan naik bau.
Harum semerbak 1 rumah bau belacan.


2. Setelah belacan betul-betul hancur dan naik bau, masukkan bahan-bahan kisar mangkuk no 1. Tumis seketika.


3. Masukkan cili kering yang dikisar. Jika tidak suka pedas, kurangkan kuantiti cili kering yang dikisar.

Inilah rupa setelah dimasukkan cili kering kisar. Tumis seketika


4. Kemudian masukkan cili besar yang dikisar.
5. Gunakan api yang kecil sahaja. Waktu ini korang redha je laa terpercik bahan tumis kat tangan, lantau atau dinding.
6. Tutup periuk atau kuali yang korang guna dengan tudung periuk untuk elak terpercik keluar bahan tumis.
7. Kena rajin kacau bila agak-agak dah nak kering supaya tidak hangit.


8. Bila dah pecah minyak, masukkan gula melaka, gula, garam, asam jawa secukup rasa.
9. Masak lama hingga pecah minyak dan pekat.
10. Adjust rasa yang korang suka. Kalau suka manis lebihkan gula melaka.


Taraaa, dah siap! Rempah ikan ini juga boleh bakar sotong, udang, ikan pari dan macam-macam lagi.
Rempah ikan bakar ini boleh tahan lama tau, kena packing cantik-cantik dalam letak dalam peti tempat beku.

Tips Dan Cara Nak Perap Dan Bakar Ikan Atau Sotong

Tips Bakar Ikan Guna Rempah Paling Sedap


1. Letak dahulu rempah atas daun pisang.
2. Kemudian letak ikan atas rempah.
3. Letak lagi rempah diatas ikan. Tutup dengan tudung periuk.

Tips Bakar Sotong Guna Rempah Bakar Ikan 


1. Bakar terlebih dahulu sotong tanpa rempah.
2. Bila keluar air sotong, keluarkan dahulu air tu.
3. Kemudian baru letak rempah ikan bakar atas sotong tadi. Pastikan tutup dengan tudung periuk.

Selamat mencuba.

Untuk mencuba resepi yang lain, anda boleh lihat dibawah ini :



0 Comments