Assalamualaikum wbt,

BITERS Bantu Mommy Jadi Blogger Jana Pendapatan Adsense Dengan Cepat | Alhamdulillah, mommy rasa syukur dan gembira bergelar alumni BITERS. Tak sia-sia mommy join Biters sejak 17 April 2020 yang lepas. Wah, sedar tak sedar sudah sebulan mommy bersama Biters. Dari menjadi blogger yang statik tetiba mommy jadi excited gila nak teruskan jana income dengan blog. Apa BITERS ni mommy? 

Sebelum itu, mommy nak cerita sikit macam mana mommy kenal dengan BITERS. Tahun lepas mommy pernah ditawarkan oleh founder Biters sendiri untuk join, tapi mommy ingat tak jadi sebab tiada follow up dari Sis Awa. Jadi, mommy pun diam saja sampailah mommy dihantui dengan post dan sharing dari Sis Awa tentang Biters. Selepas beberapa kali bermesej secara personal, akhirnya mommy join juga ahli Biters pada bulan April yang lepas.

APA ITU BITERS?


BITERS atau BITE MEDIA CONSULTANTS adalah perunding kepada individu/ syarikat yang inginkan perkhidmatan dari pihak blogger Malaysia. Bite Media Consultants juga merupakan tenaga pengajar secara online untuk membantu seseorang menjadi blogger dengan konsep from zero to hero.

Siapa Pengasas Biters?

Biters atau Bite Media Consultants diasaskan oleh seorang blogger yang mommy kira sangat berpengalaman dengan dunia blogging. Beliau adalah Sis Siti Awadah atau blognya mesra dikenali sebagai SIS HAWA DOT COM. Mommy yakin ramai yang kenal dengan Sis Awa, seorang yang peramah dan banyak membantu blogger-blogger Malaysia khususnya dan juga luar negara.

Secara jujurnya, mommy dah kenal lama dengan Sis Awa sejak ditubuhkan blogger Pantai Timur. Alhamdulillah, perkenalan kami sehingga sekarang. 

Ini antara Misi dan Visi BITERS.


Kenapa mommy suka join BITERS? 

Banyak benda mommy belajar dengan Biters. Betul seperti apa yang di katakan oleh foundernya iaitu Sis Awadah. 

Pernah tak anda terfikir, letihnya buat blog? Tak ada pun orang yang datang ke blog aku, sendu , nak update entry pun malas. Ye laa, tak ramai pun yang datang. Teringin juga nak dapat trafik tinggi, hari-hari online user beratus-ratus. Tapi aku? Cuma 5-6 orang saja yang datang, itu pun jarang sangat nak dapat. Adsense? Lagi laa menyampah, bila tengok earning harian nak dapat 1 sen pun payah. Allahurabbi!

Manfaat Join Biters

  1. Belajar tentang blog lebih advance 
  2. Belajar tentang DA & PA
  3. Belajar tentang Bounce rate dan cara kurangkan
  4. Belajar tentang keywords seo
  5. DAPAT JOB REVIEW (konsep sharing)
  6. Tips tulis entry
Selain itu juga, mommy dapat macam-macam ilmu tentang blog yang lebih detail di mana sebelum ini, tak pernah mommy tahu dan terfikir. Alhamdulillah.

Apa yang mommy dapat selepas join Biters? 


1. PAGEVIEW MENINGKAT SELEPAS JOIN BITERS

Pernah tak korang terfikir macam mommy? Ye, mommy akui dulu letih dan cepat putus asa bila bercakap tentang blog. Mommy berkecimpung dalam blog sudah 6 tahun di blog www.vitaminwawa.com. Masalah paling besar mommy dalam dunia blog adalah trafik yang perlahan dan pageview yang rendah serta income adsense juga sendu.

Alhamdulillah, selepas mommy join Biters apa yang mommy perasan jumlah trafik di blog www.vitaminwawa.com semakin meningkat dari 800k views kini sudah hampir 940k views dalam masa sebulan. Ya Allah, betapa gembira dan terkejut mommy melihat trafik blog dan pageview yang statik sahaja selama ini. Syukur sangat mommy bertemu dengan Biters.

Pertama Kali dalam Hidup Blog www.vitaminwawa.com cecah Online user 100 orang dalam satu masa
Apa perasaan anda jika online user pada satu-satu masa cecah 100 orang? Mommy yakin 100 peratus korang pasti gembira dan happy kan. Haa, begitulah perasaan mommy selepas apply terus apa yang diajar dalam group private Biters di FB. 

Bukan itu sahaja, jika dahulu mommy tak tahu pun ada itu Bounce Rate, apa itu RA dan segala istilah di dalam dunia blogger. Kini, mommy boleh lihat sendiri perkembangan blog mommy samada dari segi trafik harian dan pageview bulanan. 

Pageviews Blog Mommy Wawa Dalam Masa 6 Hari

Blog www.mommywawa.com ini baru beberapa hari mommy aktifkan. Korang boleh lihat sendiri, pageview blog mommy sudah melebihi 50k views hanya dalam masa 6 hari. Pageviews harian juga meningkat setiap hari. Anda boleh lihat sendiri pageviews blog mommy semalam telah cecah 11k views. 

2. ONLINE USER MENINGKAT SELEPAS JOIN BITERS



Selepas mommy join Biters, perubahan paling ketara adalah online users blog mommy pada satu-satu masa sangat tinggi. Sebagai seorang blogger, sudah pasti mommy merasa gembira kerana blog mommy dikunjungi orang setiap masa. Korang nak tak blog korang dikunjungi ramai dalam satu-satu masa? Jika nak, mai laa join Biters. Boleh hubungi facebook Sis Awadah

3. ADSENSE MENINGKAT SELEPAS JOIN BITERS

Syukur alhamdulillah, income harian mommy meningkat setiap hari. Jika dulu, nak dapat 0.01 usd pun menangis tau. Kini, sehari mommy boleh dapat lebih 1 usd. Tak mengapa belum banyak lagi, tetapi untuk dapat banyak kita kena tahu cara yang betul untuk dapat 1 usd dulu kan. Mommy kagum sangat dengan Sis Awa, income adsense bulanan melebihi 300 usd setiap bulan. Macam gaji orang kerja pejabat kan? 

Ramai yang sedang mencari cara bagaimana untuk tingkatkan income blogger menggunakan adsense. Setuju tak dengan mommy? Anda perlu join Biters untuk tahu cara macam mana nak naikkan income adsense anda. Jika yang belum ada akaun adsense, jangan risau semuanya diajar dalam Biters. 

Untuk pengetahuan korang juga, blog mommywawa.com ini baru bertukar ke domain sendiri 3 hari lepas. Dulu mommy selalu berkira-kira untuk menukarkan blogspot ke dotcom kerana memikir tiada untung pun jika ditukar. Biters sangat membantu tukarkan mindset mommy dari seorang blogger biasa-biasa kepad blogger luar biasa.

Anda tahu tak, kita semua layak untuk menjadi blogger femes seperti siraplimau, kicapbutter, chenom dan sebagainya jika ada ilmu yang betul. Di mana lagi nak cari ilmu tentang blogging? Pastinya dan berbesar hati mommy syorkan kepada kalian yang bergelar blogger untuk menyertai Biters.

BITERS SANGAT BEST DAN KORANG WAJIB JOIN BITERS.


1 Comments

Perkongsian yg sgat menarik mommy.. sy sbagai ahli biters tumpang gembira dgn pencapaian mommy yg sgat ketara.. semua ahli biters boleh jadi hebat tak kira yg newbie mahupun yg dah lama berblog ^^