Assalamualaikum wbt,

Resepi Biskut Raya Almond London Rangup Sukatan Cawan | Biskut raya almond london, dulu-dulu mommy selau fikir hanya rumah orang kaya-kaya sahaja yang ada dan boleh beli. Sebab biskut raya almond london ini, boleh katakan biskut raya paling eksklusif. Setuju tak?

Ye la, dah nama pun bukan main lagi Almond London. Macam orang yang pergi london je boleh makan kan. Hihi. Bila makin dewasa, baru mommy tahu biskut raya almond london semua orang boleh makan. Tak mampu beli, tak mengapa kita boleh buat. Sebab senang sangat caranya. Jom kita lihat resepi biskut raya almond london rangup guna sakatan cawan.

Resepi Biskut Raya Almond London Rangup Sukatan Cawan

Resepi Biskut Almond London


Bahan-Bahan:
BAHAN A:
  • 1 cawan buttercup
  • 3/4 cawan gula ising – kalau tak nak manis, boleh kurangkan
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
BAHAN B:
  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 3 sudu makan serbuk badam
BAHAN C:
  • 2 cawan coklat masakan – cairkan guna kaedah double boiler
  • Kacang badam secukupnya – panggang dalam ketuhar pada suhu 150C selama 15 minit
Cara Masak:
1. Gaul bahan A sampai sebati guna senduk kayu sahaja. Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil diuli. Kalau doh lembik, boleh tambah tepung. Kalau keras, boleh tambah sedikit mentega. Uli jangan lama. Cukup sekadar sampai doh tak melekat di tangan sahaja.
2. Cubit doh, gentel dan masukkan 1biji kacang badam. Saiznya ikut kesukaan anda. Buat hingga habis dan susun biskut dalam dulang pembakar.
3. Bakar biskut pada suhu 170C selama 25 minit. Masa mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing.
4. Bila biskut dah masak, sejukkan terlebih dahulu. Bila dah sejuk, boleh celupkan dalam coklat.
5. Letak biskut dalam cawan kertas dan boleh dihias dengan badam cincang. Biarkan coklat keras sebelum dimasukkan ke dalam balang kedap udara.
Resepi Asal : Fazilah Zakaria
Baca artikel berkaitan: