Assalamualaikum wbt, 

Resepi Agar-Agar Santan Pandan Pencuci Mulut Selepas Berbuka | Agar-agar santan pandan mudah sahaja untuk dibuat dan dihidangkan. Cuma perlukan beberapa badan dan cara sahaja untuk dimasak. Semalam mommy diminta untuk sediakan agar-agar santan pandan oleh adik ipar untuk dikongsi dengan rakan sekerjanya. 

Walaupun pertama kali mencuba, alhamdulillah berjaya juga. Mudah sahaja jika anda nak membuatnya. Jom kita lihat macam mana resepi agar-agar santan pandan ini. Jika nak dapatkan hasil yang sangat sedap, anda boleh ikuti bahan-bahan dan langkah dibawah ye. Semalam mommy buat 4 bungkus agar-agar, jadi mommy olah sedikit untuk kurangkan santan. Jadi, kepala santan lebih nipis.

Resepi Agar-Agar Santan Pandan Sedap Sebagai Pencuci Mulut Selepas Berbuka Atau Moreh

Resepi Agar-Agar Santan Pandan


Bahan-Bahan:
Agar-agar berat 20mg
Daun panda 5 helai
3 cawan santan
2 cawan air
1 1/4 cawan gula
1 biji telur
Sedikit pewarna hijau

* Untuk masakkan 1 bungkus agar-agar, anda perlukan 5 cawan air sahaja. Jadi, antara air dan santan anda boleh adjust ikut kesukaan. Samada air 2 cawan , santan 3 cawan. Atau air 3 cawan, santan 2 cawan.

Cara-Cara:
  1. Blend air dan daun pandan, tapis masukkan ke dalam periuk. 
  2. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut. 
  3. Masukkan 1 bungkus agar-agar, masak sehingga larut semuanya. Jika yang jenis bertali, pastikan semuanya larut terlebih dahulu.
  4. Blend santan dan telur bersama. Tapis terlebih dahulu dan masukkan ke dalam periuk agar-agar yang telah larut tadi.
  5. Masak sehingga pati santan dan telur naik ke atas atau santan dan telur telah masak. 
  6. Letakkan di dalam tray yang disediakan. Biarkan sejuk dan agar-agar teah keras.
  7. Siap dan boleh dipotong.
Nak Resepi Biskut Raya Tak? Bawah ni ye,