Assalamualaikum wbt,

Resepi Biskut Raya Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan | Resepi Tart nenas gulung sukatan cawan lebih mudah untuk dicuba kerana semua orang mempunyai cawan dirumah. Betul tak? Jika banyak resepi dikongsi menggunakan gram, boleh pening juga kalau yang tiada bekas gram dan penimbang. Jadi, untuk memudahkan semua orang buat kuih raya tart nenas gulung ini, mari kita buat menggunakan sukatan cawan.

Resepi ini adalah asal daripada pembuat biskut dan kek terkenal iaitu Azlina Ina. Ramai yang mengatakan biskut beliau sangat sedap. Jadi, apa lagi jom kita cuba buat resepi biskut raya tart nenas gulung sukatan cawan.

Resepi Biskut Raya Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan

Resepi, Resepi Biskut Raya 2020, Resepi Tart Nenas Gulung, Tart Nenas, Resepi Tart Nenas Gulung Lembut, Resepi Tart Nenas Gulung Gebu

Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan Untuk Jualan Resepi Azlina Ina
Sumber Resepi : Facebook Azlina Ina
Bahan-Bahan Utama ( Dapat 60 pcs )
3 1/4 cawan gandum (1/4 tu sukatan die kurang dr separuh cawan)
2 sb tepung jagung(supaya tart anda tak keras kejung bila sejuk)
2 sb tepung kastard (supaya tart anda rasa creamy sedap)
2 sb minyak sapi ( supaya tart gebu,gold dan rasa susu sedap )
1 cawan butter
3 sb susu pekat
1 biji kuning telur
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning

Cara Menyediakan Doh Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan
  1. Satukan bahan-bahan seperti butter, susu pekat, kuning telur, esen vanila, pewarna kuning dan minyak sapi dalam bekas adunan.Kacau guna senduk sahaja.
  2. Kemudian,masukkn 1 cawan tepung gandum,2 sb tepung custard,diikuti 2sb tepung jagung
  3. Kemudian,tuang baki selebih nya tepung gandum tadi.Nota : sukatan 3 1/4 cawan ni bagi sesiapa yang pakai acuan tart kalau pakai penggelek boleh tambah 1/4 jd 1/2 cawan.Maksudnya sukatan untuk guna penggelek 3 cawan setengah tepung gandum sebab nak doh keras sikit supaya senang nak gelek.
  4. Uli sampai dapat doh yang cantik dan lembut.
  5. Ambil sedikit adunan doh, dan masukkan sedikit dalam acuan tart.
  6. Tabur tepung atas dulang atau talam semasa menerap tart.
  7. Sapu sedikit butter atas tray sebelum diletak tart untuk dibakar dalam oven.
  8. Sapu kuning telur yang dicampur dengan pewarna kuning sedikit untuk dapatkan kesan gold pada permukaan tart.
  9. Panaskan oven pada suhu 170 darjah dalam 5 minit.
  10. Masukkan tart dalam oven dan bakar dengan suhu 160 darjah dalam 25 minit ( atau ikut oven masing-masing.
  11. Kalau nampak permukaan tart dah gold means tart nenas dah boleh diangkat.

Cara Menyediakan Jem Nenas
Azlina Ina tidak buat sendiri jem nenas tapi beli di mana-mana bakery.Sekiranya jem nenas yang dibeli agak masam, boleh masak balik di rumah dan tambah sedikit gula supaya lebih enak.