Assalamualaikum wbt,

Sejak dua tahun yang lalu, perubahan suasana perkerjaan di Malaysia berubah secara drastik dari bekerja di pejabat bertukar menjadi bekerja dari rumah. Ada pelbagai lapisan masyarakat yang terkesan dengan perubahan besar ini dalam kehidupan seharian.

Ia bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi keluarga seluruh masyarakat Malaysia, namun turut terlibat adalah emosi keseluruhan sistem kekeluargaan. Ada diantara masyarakat menyambut baik perubahan ini dan ada juga yang mengeluh untuk melalui fasa bekerja dari rumah.

Pada hari ini, saya akan kongsikan lima kelebihan bekerja dari rumah yang mana dapat mengurangkan rasa tekanan kepada anda yang mengalaminya dan memberi impak besar dalam kehidupan seharian.

bekerja dari rumah, kelebihan bekerja dari rumah, seronok kerja dari rumah

5 Kelebihan Kerja Dari Rumah

1. Masa Bersama Keluarga Lebih Panjang

Apabila bekerja dari rumah, masa berada di dalam rumah menjadi lebih panjang. Jika sebelum ini, waktu bersama keluarga hanya di hujung minggu, kini sudah pasti setiap masa anda dapat bersama dengan keluarga.

Jika sebelum ini tiada masa untuk makan bersama, waktu makanpagi, tengah hari, malam dapat dinikmati bersama keluarga. Bukankah itu waktu paling menyeronokkan kerana sudah lama kita tidak berpeluang melakukannya bersama-sama.

2. Masa Beribadah Lebih Lama

Percaya atau tidak, sewaktu kerja di pejabat kita tiada masa untuk menunaikan solat dhuha, mengaji setiap kali lepas solat. Namun, apabila bekerja dari rumah kita boleh menambah amal ibadah kita dengan lebih lama. Inilah peluang yang wajib direbut oleh semua orang supaya kita dapat memperbaiki hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta iaitu Allah swt.

3. Melihat Perkembangan Anak-Anak

Bekerja dari rumah dapat membantu melihat perkembangan anak-anak di depan mata. Jika sebelum ini banyak kenangan-kenangan pembesaran anak kita terlepas, Allah izinkan dengan hikmah covid, kita dapat melihat dengan mata sendiri apa yang anak lakukan didepan mata.

Melihat tumbesaran anak-anak dari kecil merupakan dambaan setiap ibu bapa, namun kekangan waktu bekerja menghalang kita dari melaluinya. Apabila ada masa kita dapat bekerja dari rumah dan dapat melihat perkembangan anak-anak, bukankah itu satu nikmat yang paling best?

4. Meningkatkan Skill Masakan

Jika sebelum ini anda tidak sempat untuk masak, apabila bekerja dari rumah dapat memberi peluang kepada anda untuk meneroka pelbagai jenis masakan. Jika anda tidak pandai memasak, sudah pasti selepas ini menjadikan anda seorang chef yang berjaya untuk keluarga.

5. Dapat Tambah Pendapatan

Bekerja dari rumah membuka peluang kepada anda untuk menceburi bidang baru iaitu dengan membuat bisnes dari rumah. Pelbagai peluang bisnes dari rumah boleh dilakukan seperti menjual produk makanan, kosmetik, tudung, perkhidmatan membuat blog, menjual suplemen dan pelbagai lagi. 

Ia membantu anda meningkatkan kewangan keluarga dan memberi perspektif baru menjadi seorang usahawan.


Semoga bermanfaat.