Assalamualaikum wbt,

Setiap tahun kalendar menjadi perkara penting dan wajib semua orang mencari. Ini kerana ramai yang berhasrat untuk mencari tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan, akikah serta merancang percutian bersama keluarga. Semua aktiviti ini memerlukan kalendar yang tepat bagi melancarkan proses aktiviti tahunan nanti.

Pada hari ini, saya akan kongsikan dengan anda semua tarikh-tarikh penting, cuti umum serta cuti sekolah mengikut takwin KPM sendiri. Adakah anda ingin tahu bilakah waktu cuti sekolah? Jom teruskan membaca entry ini.


Kalendar 2022 Dan Tarikh Cuti Sekolah KPM 2022

Dibawah ini saya kongsikan senarai cuti sekolah sepanjang tahun 2022. Tarikh cuti umum bagi setiap negeri adalah masih tertakluk kepada pindaan rasmi oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

Apakah perancangan anda pada tahun 2022? Setelah hampir tiga tahun kita tidak bebas untuk kemana-mana, dan bermula 1 April 2022 kerajaan memberi kebenaran untuk rakyat Malaysia menjalankan aktiviti kehidupan dan sosio ekonomi seperti sedia kala.

Januari 2022


Senarai cuti bulan Januari 2022:
  • 1 Januari 2022 (Sabtu) - Tahun Baru 2022 : Semua negeri kecuali Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah dan Perlis.
  • 14 Januari 2022 (Jumaat) : Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Negeri Sembilan.
  • 18 Januari 2022 (Selasa) - Hari Thaipusam : Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Johor.

Februari 2022


Senarai cuti bulan Februari 2022:
  • 1 Februari 2022 (Selasa) : Hari Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.
  • 1 & 2 Februari 2022 (Selasa & Rabu) : Tahun Baru Cina (pertama & kedua) - Semua negeri.

Mac 2022


Senarai cuti bulan Mac 2022:
  • 1 Mac 2022 (Selasa) - Israk Mikraj : Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis.
  • 4 Mac 2022 (Jumaat) - Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu : Terengganu.
  • 23 Mac 2022 (Rabu) - Hari Keputeraan Sultan Johor : Johor.

April 2022


Senarai cuti bulan April 2022:
  • 3 April 2022 (Ahad) - Awal Ramadhan : Johor, Kedah dan Melaka.
  • 15 April 2022 (Jumaat) - Good Friday : Sabah & Sarawak.
  • 15 April 2022 (Jumaat) - Hari Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah : Melaka.
  • 19 April 2022 (Selasa) - Hari Nuzul Al-Quran : Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu.
  • 26 April 2022 (Selasa) - Hari Keputeraan Sultan Terengganu : Terengganu.

Mei 2022


Senarai cuti bulan Mei 2022:
  • 1 Mei 2022 (Ahad) - Hari Pekerja : Semua negeri.
  • 3 & 4 Mei 2022 (Selasa & Rabu) - Hari Raya Puasa (Aidilfitri pertama dan kedua) : Semua negeri.
  • 15 Mei 2022 (Ahad) - Hari Wesak : Semua negeri.
  • 17 Mei 2022 (Selasa) - Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis : Perlis.
  • 22 Mei 2022 (Ahad) - Hari Hol Pahang : Pahang.
  • 30 & 31 Mei 2022 (Isnin & Selasa) - Pesta Keamatan (Pesta Menuai) : Sabah dan Labuan.

Jun 2022


Senarai cuti bulan Jun 2022:
  • 1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis) - Perayaan Hari Gawai Dayak : Sarawak.
  • 6 Jun 2022 (Isnin) - Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong : Semua negeri.
  • 19 Jun 2022 (Ahad) - Hari Keputeraan Sultan Kedah : Kedah.

 Julai 2022


Senarai cuti bulan Julai 2022:
  • 7 Julai 2022 (Khamis) - Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia : Pulau Pinang (Penang).
  • 9 Julai 2022 (Sabtu) - Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang : Pulau Pinang (Penang).
  • 9 Julai 2022 (Sabtu) - Hari Arafah : Terengganu.
  • 10 Julai 2022 (Ahad) - Hari Raya Korban /Haji / Aidiladha : Semua negeri.
  • 11 Julai 2022 (Isnin) - Hari Raya Korban /Haji / Aidiladha (kedua) : Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
  • 22 Julai 2022 (Jumaat) - Hari Sarawak : Sarawak.
  • 30 Julai 2022 (Sabtu) - Awal Muharam - Semua negeri.
  • 30 Julai 2022 (Sabtu) - Hari Keputeraan Sultan Pahang : Pahang.

Ogos 2022


Senarai cuti bulan Ogos 2022:
  • 24 Ogos 2022 (Rabu) - Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Melaka : Melaka
  • 31 Ogos 2022 (Rabu) - Hari Kebangsaan (Kemerdekaan) : Semua negeri.

September 2022


Senarai cuti bulan September 2022:
  • 3 Sept 2022 (Sabtu) - Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar : Johor.
  • 16 Sept 2022 (Jumaat) - Hari Malaysia : Semua negeri.

Oktober 2022


Senarai cuti bulan Oktober 2022:
  • 1 Oktober 2022 (Sabtu) - Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sabah : Sabah.
  • 8 Oktober 2022 (Sabtu) - Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak : Sarawak.
  • 9 Oktober 2022 (Ahad) - Maulidur Rasul (Hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad saw) : Semua negeri.
  • 24 Oktober 2022 (Isnin) - Hari Deepavali : Semua negeri kecuali Sarawak.

November 2022


Senarai cuti bulan November 2022:
  • 4 November 2022 (Jumaat) - Hari Keputeraan Sultan Perak : Perak.
  • 11 & 12 November 2022 (Jumaat & Sabtu) - Hari Keputeraan Sultan Kelantan (pertama & kedua) : Kelantan.

Disember 2022


Senarai cuti bulan Disember 2022:
  • 11 Disember 2022 (Ahad) - Hari Keputeraan Sultan Selangor : Selangor.
  • 25 Disember 2022 (Ahad) - Hari Krismas : Semua negeri.

Dengan adanya senarai cuti sepanjang tahun 2022 dapat membantu anda merancang percutian dengan lebih baik dan teratur. Selamat bercuti.