Advertisement

Main Ad

Resepi Paprik Ayam Paling Simple

 Assalamualaikum wbt,

Resepi paprik ayam paling simple, mudah dan sedap. Siapa yang suka makan paprik? Tak kisahlah paprik ayam ke, paprik daging ke, paprik seafood ke, paprik sotong , paprik udang, semuanya boleh menggunakan asas resepi ini.

Resepi Paprik Ayam Paling Simple Dan Cepat

Resepi Paprik ayam, resepi paprik mudah, resepi paprik daging, resepi paprik seafood, resepi paprik sotong


Resepi Perapan Ayam Paprik:


1. Ayam - potong kecil-kecil.

2. Tumbuk kunyit, bawang putih & garam. Gaul pada ayam bagi sebati. Dan goreng hingga garing. Asingkan ayam selepas masak.

3. Sementara itu, blend beberapa biji bawang merah, bawang putih, halia. Kalau tak nak blend, boleh racik halus.

4. Tumis bahan blend dalam kuali yang ada lebihan minyak goreng ayam tadi. Pastikan minyak jangan terlalu banyak.

5. Masukkan cili kisar 2 @ 3 sudu. Tumis hingga hampir garing.

6. Kemudian, masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kacau rata. (Boleh masuk suku cawan air jika suka bkuah). 

7. Masukkan buah tomato yang telah dibelah, kacang buncis, daun limau purut, hirisn bawang holland, carot, hirisan cili merah/hijau, beberapa batang cili akar. 

8. Akhir sekali masukkan ayam tadi, perasakan dengan garam dan kacau rata.

Siap. Mudahkan. 

Selamat mencuba.

Credit : Nurul Asyikin

Post a Comment

3 Comments

Atie Zieya said…
thank you kongsi resepi!! sedapnyaaaa
Nina Mads said…
sedapnya.. lama tak masak, cuma stok sayur tak ada