Advertisement

Main Ad

Resepi Red Velvet Cream Cheese Brownies Tanpa Mixer

Assalamualaikum wbt,

Pernahkah anda mencuba Red Velvet Cream Cheese Brownies? Jika belum, inilah resepi yang paling mudah dan sedap untuk anda mencuba. Ianya tidak memerlukan mixer untuk mencuba red velvet cream cheese brownies ini.

RED VELVET CREAM CHEESE BROWNIES..(NO MIXER)



Brownies yang bercream dan mudah.

Bahan untuk lapisan red velvet

125 gm butter yg dicairkan
200 gm gula perang
3 biji telur ( dipukul manja )
95 gm tepung gandum
2 sdm serbuk koko
1 sdt cuka dapur
1/2 sdt vanilla
1/2 sdt pewarna merah
Secubit garam

Bahan Lapisan Cheese :

225 gm cream cheese (suhu bilik)
50 gm susu pekat
1 biji telur
1/2 sdt esen vanilla

Cara-Cara Membuat Red Velvet Cream Cheese Brownies



1. Lapisan red velvet : Campur gula perang+telur, kacau sampai gula larut. Tambahkan tepung yg sudah diayak, kacau dengan whisk perlahan hingga sebati. Tambahkan butter cair, kacau rata sampai tidak ada butter yang mendap. Lalu tambahkan warna red velvet, cuka, esen vanilla & garam, sebatikan. Terakhir masukkan serbuk koko , kacau lagi hingga rata. Ketepikan

2. Lapisan Cheese : Lumatkan cream cheese dengan spatula hingga lembut. Kemudian tambahkan susu, telur & esen vanilla, kacau hingga sebati.

3. Siapkan loyang 8×8 sapu butter+alas dengan baking paper. Tuang adunan brownies, tinggalkan sedikit 1/4 bahagian sahaja. Kemudian lapis dengan adunan cheese, ratakan cheesenya guna spatula, lalu tuang baki adunan browniesnya. Buat motif marble dengan lidi. Panaskan oven, bakar suhu 160°-170° selama 40 minit (mengikut kesesuaian oven masing2)

4. Biarkan brownies sejuk, baru dipotong😘

Selamat Mencuba & Happy Baking

Kredit to : 1001 Aneka Resepi Kek

Post a Comment

3 Comments

Atie Zieya said…
yummy,,,, thanks sharing resepi
ohoooo cantik kejadiannya kak.. saya penah makan je orang buat
yang buat sendiri hehehe belum pernah cuba..
Nina Mads said…
pandai mommy buat.. menjadi corak kt atas kek tu. lawa