Assalamualaikum wbt,

Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2020 | Hari ini adalah hari raya ketiga, tiga syawal. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua yang mengenali mommy. Mommy mohon aeribu kemaafan jika ada salah dan silap yang mommy sedari atau tidak sedari. Mommy juga memaafkan sesiapa yang pernah mengguris hati mommy. Kosong-kosong ya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020


Apa aktiviti hari raya aidilfitri 2020 anda? Hari raya kai ini mungkin sesetengah orang agak berbeza kerana kita terpaksa tempuhi normal baru atau kehidupan yanh baru setelah beberapa bulan melalui pkp disebabkan oleh covid-19. Tapi tak mengapa, kerana raya tetap raya. Meriahnya masih sama kerana sunat dihari raya kita perlu memakai pakaian baru. Ramai yang mengupload gambar dengan baju raya.

Mommy dan keluarga tidaklah membeli baju raya baru kali ini, kerana kami hanya merepeat baju raya tahun-tahun sudah sahaja. Memandangkan hanya sekali sahaja kami pakai iaitu pada waktu raya, jadi baju tersebut tetap nampak seperti baru. Kiki

Walaupun beraya dengan normal baru, kemeriahan hari raya mommy dan keluarga tetap sama. Cuma yang membezakan adalah kita tidak benarkan orang datang dalam kuantiti yang ramai dalam satu-satu masa. Hari raya aidilfitri 2020 mencipta sejarah baru. Betul ke betul? 

Buat anda semua, selamat hari raya aidilfitri 2020. Eid Mubarak 2020.


0 Comments