Assalamualaikum wbt,

Hai semua, selamat berpuasa kepada seluruh umat islam yang menunaikan ibadah puasa. Semoga tahun ini memberi seribu keinsafan kepada kita dalam menjalani ibadah puasa di musim covid-19.

Pada malam ini, mommy nak perkenalkan diri di blog yang baru ini. Nama penuh mommy adalah Wan Rokiah binti Wan Ismail, seorang isteri, anak dan juga ibu. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan iaitu Princess Aaira Zafirah binti Zuuber.

Boleh juga panggil mommy wawa, atau mommy sahaja bergantung kepada keselesaan anda semua. Mommy adalah seorang surirumah yang berniaga sebagai agen shaklee di www.vitaminwawa.com
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mahupun ingin mencuba vitamin shaklee, boleh hubungi mommy disini.

Di blog baru ini, mommy ingin khususkan kepada perkongsian tentang kehidupan seorang ibu, kehidupan, resipi, dekorasi dan lain-lain. Jadi, besarlah harapan mommy semoga blog ini semakin mendapat tempat di hati google dan sahabat semua. Hihi





0 Comments