Assalamualaikum wbt,
Hidup kini sangat keras, sehinggakan kita merasa tiada apa yang dapat diubah. Ya, semuanya harus dilalui dengan tenang, redha dan teruskan usaha berserta tawakal pada Allah. Moga-moga Allah memberi kemudahan kepada kita melalui hari-hari yang mendatang dengan tenang dan berkat.
Saya ingin kongsikan petikan dari mukabuku, yang ditulis oleh saudari Azza Amri. Semoga ia menjadi manfaat buat kita semua dan memberi pahala yang berpanjangan buat saudari Azza kerana telah berkongsi dengan kami.
InsyaAllah REZEKI MELIMPAH, AMALAN MURAH REZEKI
1. DHUHA
Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat.
Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah
Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika
ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.
2. TAHAJJUD
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga
bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah
sebulat-bulatnya.
3. AL-QURAN
Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu,
mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.
4. ZIKIR
Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada
perubahan buatlah sehingga 40 hari.
5. SOLAT BERJEMAAH
Terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1
hari 5 kali atau lebih.
6. SILATURRAHIM
Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah
sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang.
7. BERSEDEKAH
Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10
& boleh digandakan lagi 700 kali.
8. SOLAT AWAL WAKTU
Solatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu
yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.
9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH
Jangan mengharapkan manusia di luar sana.
10. TAWAKAL DAN USAHA
Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.
4 amalan surah setiap hari.
- Surah Yaasin - Setiap solat fardhu
- Surah Al-Waqiah - Waktu Dhuha
- Surah Ar-Rahman - Waktu Asar
- Surah Al-Mulk - Sebelum tidur
Lain-lain:
- Minumlah air masak 3 liter sehari.
- Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.
BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH.
INSYAALLAH
0 Comments
Post a Comment
Hai, Terima Kasih diatas comment anda. Semoga terus berjaya dan bahagia selalu.