Mahu Jadi Penjemput Rezeki Atau Pencari Rezeki

Assalamualaikum wbt,


Allahummasolliala sayyidina Muhammad.


Alhamdulillah

Subhanallah

Lailahaillallah

Allahuakbar

Lahawlawala quwwataillah billahil ali yil azim





πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•


Mahu Jadi Pencari Rezeki Atau Penjemput Rezeki

πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•


Kita tahu setiap orang Allah dah sediakan rezeki masing-masing, tapi kita tak tahu di mana rezeki kita berada. 


Sama ada di Sabah kah? Samada di Kuala Lumpur kah? Atau di mana?


Ramai dikalangan kita, sibuk mencari rezeki. Kewajipan juga satu, diawal pagi kita keluar pergi kerja, balik lewat petang. Perasan tak, rezeki kita sama sahaja setiap hari? 

I

Tapi, ada sesetengah orang, dia buat sikit sahaja, rezekinya melimpah ruah. 


Perbezaan Jadi Pencari Rezeki Dan Penjemput Rezeki


☘️Nak tahu tak apa beza? ☘️


Bezanya, dia menjadi penjemput rezeki. 


Dan kita menjadi pencari rezeki. 


Bila menjadi pencari ni, kita tak tahu pun mana nak cari. Betul tak? Kita ingat, ditempat kerja kita itulah rezeki kita. 


Sebenarnya tak, boleh jadi , gaji yang kita dapat bukan rezeki kita.


Bila dapat gaji, bayar itu, bayar ini, beli itu, beli ini, last2 tinggal 200/300 je. Itu je laa rezeki kita, tapi belum tentu jadi rezeki kita.


Kadang tiba2, kereta @ motor rosak, terpaksa bayar. Haa, itu jadi rezeki pembaiki kereta. 


Berbeza menjadi penjemput rezeki, kita buat apa saja, niatkan kerana Allah. 


Jika pergi kerja, 


Ya Allah, jika setiap pekerjaan ku ini adalah rezekiku, Kau berkatilah Ya Allah. 


Ya Allah, aku tidak tahu dimana rezeki ku berada, Kau bawakanlah kepadaku Ya Allah. 


Ini antara TTA, niat yang kita boleh baca setiap masa. 


πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•


Bagaimana Cara Nak Jadi Penjemput Rezeki

πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•


Jom jadi orang yang disukai Allah, menjadi orang yang disebut2 oleh para Malaikat. Macam mana tu?


🌈 1. Sedekah

Boleh baca maksud surah albaqarah ayat 261


"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."


🌈 2. Perbanyakkan syukur


Surah Ibrahim : 7

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".


🌈 3. Membaca Surah Alwaqiah


Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu, kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan. (Hadis riwayat Ibnu Ady)


🌈 4. Banyakkan Beristighfar


Imam Al- Hasan Al-Bashri menganjurkan kita untuk beristighfar jika mengalami kefakiran, sedikit keturunan dan kekeringan kebun-kebun. Jadi, perbanyakkanlah istighfar jika rezeki tidak kunjung tiba.


Dah decide nak jadi pencari rezeki atau penjemput rezeki? 


🌼🌼🌼🌼

Nak dengar lagi perkongsian dari wawa? Jemput join sini ye.❤️

Wan Rokiah Wan Ismail Channel

1 Comments

Hai, Terima Kasih diatas comment anda. Semoga terus berjaya dan bahagia selalu.

Disclaimer

Blog Mommy Wawa adalah penulisan dari hati dan jika ada diambil dari mana-mana sumber akan dikreditkan ke sumber asal.