Advertisement

Main Ad

Resepi Sira Ubi Kayu

 Assalamualaikum wbt,

Resepi Sira Ubi Kayu | Musim tengkujuh kian tiba di pantai timur. Bila hujan turun tanpa henti, perut mula laa rasa lapar. Nak makan itu nak makan ini. Bagi masyarakat pantai timur, sira ubi kayu tidak asing lagi.

Sira ubi kayu menjadi menu yang melazatkan di musim tengkujuh. Cara penyediaannya juga sangat mudah. Jom kita lihat bagaimana resepi sira ubi kayu.

Resepi Sira Ubi Kayu


Resepi Sira Ubi Kayu

Sira ubi kayu pekat likat.

Bahan untuk sira ubi kayu
  • ubi kayu
  • nisan @ gula melaka ( agak-agak la ya)
  • gula ( boh 2 @ 3sdb )
  • 1sdb tepung ubi ( dibancuh dengan air, bancuh cair sikit)
  • sedikit garam..

Cara-cara sira ubi kayu :

Rebus ubi kayu, air aras ubi. Letak sedikit garam dan biarkan sehingga agak-agak empuk. Letak nisan @ gula melaka daun pandan bila dah bertukar warna.  Besarkan sedikit api dan biar betul-betul menggelegak. Letak bancuhan tepung ubi tadi, kacau dan kecilkan semula api biar merenih. Letak gula, biar merenih lama dan pekat ( kalau nak warna yang gelap sedikit boleh letak sedikit kicap, manis, tak merubah rasa, tetap sedap lemak.)

Resepi asal bytgkhuzanika

Post a Comment

3 Comments

NARDtheNERD said…
sukaa ni.. selalu kite beli je.. hehe
Syaz Rahim said…
sedapnya, terasa2 manisnya
Ciktie said…
Sedap tu.. dah lama tak makan